• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Mencari Lelaki Hilang Di Gunung Gua Rimau Diteruskan

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang di Gunung Gua Rimau, di sini, Sabtu lepas, diteruskan selepas operasi semalam gagal menemukan sebarang tanda atau kesan ditinggalkan daripada mangsa.

Ketua Operasi SAR daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Inspektor Mohd Adzhan Mat berkata mangsa dilaporkan hilang ketika sedang dalam perjalanan pulang ke hentian di kaki gunung berkenaan.

“Mohd Nizam Ahmad Ansa telah keluar mendaki pada pukul 9 pagi bersama 35 rakan sekerjanya yang lain dalam satu aktiviti rekreasi mendaki gunung yang dianjurkan oleh pihak kilang di mana mangsa bekerja.

Kumpulan pendaki ini sampai di puncak gunung pada pukul 1 tengah hari sebelum bergerak turun. Kehilangan mangsa hanya disedari selepas malim yang mengikuti rombongan membuat kiraan semula di pertengahan jalan kira-kira 45 minit ke lokasi perhentian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Operasi SAR, Hutan Lipur Gunung Belumut, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Felda Papan Timur, Kota Tinggi, juga sempat bergambar beramai-ramai bersama rakan-rakannya ketika tiba di pertengahan jalan berkenaan sebelum disedari hilang.

Operasi SAR hari ini disertai 56 anggota yang terdiri daripada anggota polis IPD Kluang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kluang, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Operasi pada hari ini akan meliputi kawasan radius seluas 1.4 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang sehingga pukul 3 petang.

Selepas itu kita akan perluaskan lagi radius pencarian sebelum menamatkan operasi pada pukul 6 petang nanti,” katanya.

Menurutnya lagi, cuaca ketika kejadian adalah baik dan pihaknya juga telah menempatkan anggota untuk bermalam di lokasi hentian yang terletak di kaki gunung berkenaan.

Sementara itu, ibu mangsa, Jarina Hasan, yang turut berada di pusat operasi berkenaan memaklumkan bahawa kali terakhir dia melihat anaknya adalah pada 1 September lalu dan dia ada memaklumkan tentang aktiviti riadah yang disertainya.

“Dia (Mohd Nizam) memang ada memaklumkan tentang aktiviti riadah berkenaan, sebab sepatutnya semalam ada kenduri keluarga saya minta dia hantar tetapi dia kata tidak boleh sebab dia ikut mendaki dengan kawan-kawan kilang dia.

Dia memang dari dulu suka mendaki sejak dari masa dia belajar lagi. Ini merupakan kali pertama dia mendaki semula selepas bekerja,” kata wanita berusia 55 tahun itu.

Katanya, dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian selepas dihubungi oleh penyelia kilang tempat anaknya bekerja. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes hilangpendaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

28/07/2023
0

GENEVA : Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd