• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Selangor Digesa Usaha Ternakan Akuakultur

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggesa nelayan di Selangor mengusahakan ternakan akuakultur sebagai usaha mengurangkan kebergantungan bekalan hasil laut dari negara luar.

Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin berkata langkah itu juga dilihat sebagai alternatif dalam meningkatkan hasil pendapatan nelayan di negeri ini selain menangkap ikan di laut.

“Mengikut rekod tahun 2017, Selangor merupakan pengeluar kelima akuakultur terbesar di negara ini dengan pengeluaran sebanyak 18,618 tan metrik membabitkan nilai RM230 juta.

“Pada tahun lepas juga daerah Klang mencatatkan pengeluaran hasil akuakultur sebanyak 1,105 tan metrik dengan nilai RM17 juta yang mana antaranya membabitkan penternakan ikan sangkar air payau dan kultur dasar laut kerang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pulau Ketam di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri Selangor Azlishah Abd Aziz dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Selangor Norazian Safian.

Mengulas lanjut, Sim berkata bagi meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur di negeri ini, pihaknya akan menyalurkan bantuan kepada nelayan yang membabitkan diri secara serius dalam sektor tersebut.

“Kita akan bantu dari segi penyediaan mesin atau teknologi yang diperlukan sekiranya mereka ini menunjukkan komitmen untuk menjana ekonomi menerusi aktiviti akuakultur.

“Kementerian juga merancang untuk mempelbagaikan lagi insentif dan bantuan kepada kumpulan nelayan ini pada masa akan datang sebagai usaha menjadikan sektor akuakultur lebih maju dan berdaya saing,” katanya. – BERNAMA

Tags: AkuakulturNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd