• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Menara KPJ, Rakam Percakapan

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa ke ibu pejabat Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman di Menara KPJ Jalan Tun Razak di sini, bagi dirakam percakapannya berhubung siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, hari ini.

Kehadiran Najib ke situ bagi membantu siasatan oleh pihak polis yang bekerjasama dengan pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes yang sama.

Kenderaan membawa Najib tiba di perkarangan lobi Menara KPJ pada kira-kira jam 9.20 pagi tadi dengan diiringi dua motosikal pengiring polis dan sebuah kenderaan SPRM.

Najib yang dilihat memakai sut berwarna gelap dan berkemeja biru muda diiringi beberapa individu dipercayai pegawai SPRM.

Kehadirannya turut disambut beberapa pegawai AMLA yang dilihat menunggu di lobi bangunan itu sejak jam 8.30 pagi.

Ini adalah kali ketiga Najib dipanggil untuk dirakam keterangan kepada pihak Unit AMLA berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mana Najib pernah dipanggil pada 27 Ogos dan 30 Ogos lalu.

Semalam, Najib ditahan oleh pihak SPRM pada jam 4.13 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

SPRM dalam kenyataan semalam memaklumkan, Najib di tahan berhubung kes 1MDB berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Menurut kenyataan itu, SPRM memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah petang ini.

Najib dijadualkan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, jam 3 petang ini untuk pertuduhan di mahkamah di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd