Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Penempatan Sementara Untuk Mangsa...

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor sedang mencari penempatan sementara yang sesuai untuk...

Malaysia, Jepun Ahli Baharu...

KUALA LUMPUR - Lembaga Eksekutif (EB) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan Malaysia dan...

Perkongsian Pemuda Ini Akan...

"ANAK ibarat kain putih, ibu bapa yang akan mencorakkan." Ungkapan ini sebenarnya menekankan...

Pusat Pemindahan Banjir Di...

ALOR SETAR - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 46 mangsa banjir...

Najib Perlu Jelas Punca Akaun Hasil Disatukan Susut 96 Peratus

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan alasan penyusutan sehingga 96 peratus atau RM11.41 bilion dalam Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2017 sehingga tempoh 30 April, 2018, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata Najib sebaliknya hanya meninggalkan sejumlah RM450 juta kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan.

“Pada 31 Disember 2017, sebanyak RM11.86 bilion di dalam Akaun Hasil Disatukan telah merosot kepada RM450 juta pada 30 April 2018 berikutan perbelanjaan berlebihan untuk tempoh empat bulan dari Januari 2018 hingga April 2018.

“Jelas ini adalah ‘perbelanjaan pilihan raya umum’ yang digunakan untuk cuba membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu,” katanya.

Jelas Lim, sebagaimana ditetapkan undang-undang, kerajaan hanya boleh menggunakan Akaun Hasil Disatukan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan.

“Bayangkan, hanya ada RM450 juta sahaja yang boleh dibelanjakan untuk membayar emolumen (gaji) dan pencen sedangkan untuk (tujuan) ini sahaja kerajaan memerlukan lebih RM8 bilion sebulan.

“Atau adakah Najib masih lagi keliru untuk membezakan atau memahami apa sebenarnya kandungan Hasil Akaun Disatukan walaupun beliau memegang jawatan Menteri Kewangan selama 10 tahun?”


Selain itu, Lim berkata Najib tidak sepatutnya berpura-pura mengenai kedudukan fiskal sebenar dengan menegaskan bahawa BN telah meninggalkan puluhan bilion ringgit kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan walaupun hakikatnya cuma ada RM450 juta sahaja.

“Beliau tanpa usul periksa, mempersoalkan kesahihan penyata kewangan bagi April 2018 yang belum diaudit dan secara tidak langsung menuduh saya memanipulasi angka-angka tersebut.

“Sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau sepatutnya arif bahawa penyata kewangan bulanan Kerajaan Persekutuan itu disediakan secara berasingan oleh Jabatan Akauntan Negara,” katanya.

Menurutnya, Najib juga sepatutnya tidak mempersoalkan kredibiliti penyata kewangan bulanan tersebut dan pada masa sama telah gagal untuk menyedari bahawa Menteri Kewangan masih belum mengangkat sumpah sewaktu penyata kewangan bulanan untuk 30 April 2018 yang belum diaudit itu disediakan. – BERNAMA

Kategori