• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naik Taraf KUIPs: Raja Muda Perlis Minta Selesai Semua Isu

oleh
08/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Proses menyediakan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ke arah universiti penuh perlu mengambil kira semua isu yang boleh memberi kesan kepada usaha ini, titah Canselor KUIPs Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Baginda yang juga Raja Muda Perlis bertitah tanpa mengira besar atau kecilnya sesuatu isu itu, semuanya perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan kejayaan usaha penaiktarafan kolej universiti ini.

“Lima tahun ini (untuk KUIPs dinaik taraf menjadi universiti penuh) bukanlah suatu tempoh masa yang lama sebenarnya dan gunakanlah kesempatan ini untuk mengikuti serta berada seiring dengan pelan strategik yang telah dirangkakan sebaiknya,” titah baginda ketika merasmikan Bengkel Perancangan Strategik KUIPs di sini malam tadi.

Baginda bertitah bengkel yang disertai anggota lembaga pengarah dan ketua-ketua jabatan KUIPs ini adalah medium terbaik bagi memuktamadkan keputusan terhadap strategi kolej universiti untuk bergerak ke hadapan dan berdaya saing.

Turut hadir Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Binti Datuk Khalil, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor KUIPs Prof Madya Datuk Dr Mohd Radhi Othman.

Kolej yang ditubuhkan pada 3 Mac 2013 itu setakat ini mempunyai 597 penuntut yang mengikuti 14 program menerusi enam jabatan pengajian.

Pengerusi lembaga pengarahnya Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata hasrat menjadikan KUIPs sebuah universiti penuh turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan baru-baru ini.

Katanya menerusi kesepaduan dan komitmen yang ditunjukkan setiap pemegang taruh dalam projek ini, beliau berkata berkemungkinan hasrat tersebut boleh dicapai lebih awal. – BERNAMA

Tags: KUIPs
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KUIPs Tawar Biasiswa Kepada 3 Pelajar Poland

28/11/2018
0

WARSAW – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menawarkan biasiswa kepada tiga calon pelajar dari Poland yang layak untuk melanjutkan pengajian...

Graduan KUIPs Diterima Belajar Di Universiti Turki

04/10/2018
0

ISTANBUL - Seorang pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang diterima melanjutkan pengajian ijazah Sarjana di sebuah universiti di pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd