• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Aman Angkat Sumpah, Tegaskan Beliau Bukan Pelarian

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, menegaskan beliau bukan seorang pelarian dan tidak pernah terniat untuk lari daripada pihak berkuasa Malaysia.

“Saya berada di luar negara atas sebab-sebab kesihatan serta rawatan rapi yang diperlukan dan ini dibuktikan dengan laporan kesihatan daripada doktor yang merawat saya.

“Saya adalah anak peribumi Sabah yang selama ini memberikan khidmat bakti terhadap kawasan yang saya wakili serta negeri Sabah yang saya cintai.

“Perjuangan dan khidmat kepada rakyat serta negeri ini akan tetap diteruskan dengan sedaya upaya saya. Insya-Allah,” katanya ketika membacakan kenyataan media selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Musa berkata, beliau kembali ke Sabah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat walaupun berdepan masalah kesihatan dan bertentangan dengan nasihat doktor.

“Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Speaker DUN yang memahami keadaan kesihatan saya, serta memberi persetujuan untuk saya datang menghadap bagi membolehkan saya memenuhi tanggungjawab selaku ADUN.

“Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa di Kuala Lumpur, dan akan tetap memberikan kerjasama selagi diperlukan,” katanya.

Musa selesai mengangkat sumpah sebagai ADUN di hadapan Speaker, Datuk Syed Abas Syed Ali, pada jam 3.30 petang.

Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu tiba di perkarangan bangunan DUN pada jam 1.20 tengah hari sebelum naik ke pejabat Syed Abas pada jam 2.12 petang untuk proses mengangkat sumpah, namun Speaker hanya tiba pada jam 2.45 petang.

Turut kelihatan ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan beberapa ADUN pembangkang termasuk Datuk Joniston Bangkuai (Kiulu) dan Datuk Masidi Manjun (Karanaan).

Dengan selesainya majlis itu, maka sahlah Musa sebagai ADUN untuk menjalankan kewajipannya sebagai wakil rakyat selepas mempertahankan kerusi DUN Sungai Sibuga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Beliau adalah wakil rakyat terakhir mengangkat sumpah sebagai ADUN di Sabah selepas tidak hadir dalam tiga persidangan DUN yang diadakan sebelum ini bermula 11 Jun lalu. – BH Online

Tags: angkat sumpahTan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mila Jirin Terima Hadiah Bernilai Setengah Juta Ringgit

Next Post

Kanak-Kanak Ditemui Tidak Sedarkan Diri Meninggal Dunia

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

Next Post

Kanak-Kanak Ditemui Tidak Sedarkan Diri Meninggal Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd