Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Fahami Hak Ketika Urusniaga...

PUTRAJAYA - Generasi muda perlu memahami hak serta memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing...

Padah Mencuri, Lelaki Tersangkut...

LAWAS - Cubaan seorang lelaki mencuri wayar kabel elektrik memakan diri, apabila dia...

Chong Wei Selangkah Lagi...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin...

Gambar: Aaisyah Dhia Rana...

KEMERIAHAN majlis persandingan salah seorang pereka fesyen jenama duo terkenal Rizman Ruzaini iaitu Wan...

MUKMIM50, Pelan Pascabayar Eksklusif Tawar Khairat Premium

KUALA LUMPUR – MUKMIM50 adalah sebuah pelan pascabayar khas yang digabungkan bersama perlindungan insurans pada harga mampu milik tanpa mengetepikan ciri-ciri penting seperti kuota data yang tinggi dan panggilan tanpa had.

Menariknya, Khairat Premium yang turut ditawarkan bersama MUKMIM50 ini membolehkan pelanggan mendapat khidmat pengurusan jenazah (muslim) secara professional bernilai RM200, kemalangan diri (RM10,000) dan infaq (RM100) serta khidmat nasihat pusaka secara percuma.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pelan pascabayar sebegini merupakan antara produk inovasi yang pertama di Malaysia.

“Lebih-lebih lagi, rakyat di negara ini menggunakan alat telekomunikasi sebagai medium utama dalam kehidupan seharian maka, pelan ini adalah sesuatu yang terbaik dan harus dimiliki.

“Setakat ini, pelan pascabayar MUKMIM50 ditawarkan kepada penjawat awam dan badan berkanun dengan harga RM50 berbanding sebelum ini, RM58 tanpa sebarang perlindungan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata demikian dalam satu majlis Menandatangi Perjanjian Kerjasama Strategik antara MyAngkasa Amanah Berhad, Redone Network Sdn. Bhd. serta My Khairat Management Services Sdn. Bhd.

Turut hadir, Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail serta Naib Presiden Angkasa, Mohamad Azmi Omarudin. – UTUSAN ONLINE

Kategori