Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Tiada Rakyat Malaysia Terkorban...

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden serangan bom kereta...

Hafiz Suip Selamat Bertunang...

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Hafiz Suip yang dikhabarkan sudah selamat bertunang dengan gadis...

Wanita Mahu Capai Impian...

WANITA bernama Bobbi-Jo Westley ada satu misi khas iaitu memiliki pinggang paling besar...

Sindiket Pelacuran Guna Aplikasi...

JABATAN Imigresen menahan 15 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran...

Mengapa Penyokong PH Resah Kerjasama PAS, UMNO?

KUALA TERENGGANU – “Persoalannya PAS yang bekerjasama dengan UMNO, kenapa mereka pula yang jadi resah dan kelam kabut dengan bertali arus menyerang PAS?”

Persoalan itu ditujukan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Beliau malah curiga diatas reaksi pemimpin dan penyokong PH terbabit yang sepatutnya berasa gembira selepas mendakwa kerjasama UMNO dan PAS kononnya merugikan PAS.

“Terdapat pihak yang tidak senang dengan perkembangan ini. Terutama pihak dari kompenan PH. Lalu mereka menyerang, memfitnah dan maki hamun kononnya PAS telah lari daripada dasar perjuangan asal apabila bekerjasama dengan UMNO.

“Bukankah mereka mahu mengalahkan PAS? dan menawan Kelantan serta Terengganu? Jika kerjasama PAS dan UMNO ini merugikan PAS, sepatutnya mereka menyokong usaha kerjasama ini.

“Mereka (sebenarnya) dilanda resah justeru kerjasama (PAS dan UMNO) ini merugikan mereka, bukan merugikan PAS. Sementelah PH hari ini sedang bergolak dan hubungan parti-parti kompenan mereka tidak stabil,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pemimpin dan penyokong PH sejak beberapa hari lalu lantang mengkritik dan membantah usaha untuk mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan UMNO.

Mereka melemparkan pelbagai propaganda di media sosial bagi menghasut penyokong PAS supaya menolak kerjasama dua parti terbesar kaum Melayu tersebut.

Malangnya, sebilangan penyokong PAS termakan dakyah pemimpin dan penyokong PH yang mahu memastikan kerjasama berkenaan tidak menjadi kenyataan.


Nasrudin berkata, beliau namun yakin ahli dan pimpinan PAS yang istiqamah dan komited dengan amal Islami tidak akan tergugat dengan propaganda dan politik laga yang cuba dicetuskan pemimpin dan penyokong PH terbabit.

Kata beliau, majoriti penyokong PAS malah akan meneruskan perjuangan melandasi hala tuju PAS yang jelas ke arah mencari mardhatillah, memugar kekuatan ummah, memperjuangkan Islam dan menyelamatkan rakyat dan negara dengan Islam.

HIKMAH KEKALAHAN BN

Terdahulu, Nasrudin menerangkan Muktamar PAS tahun ini menyaksikan sejarah yang menggilap budaya politik dakwah PAS apabila mengundang pemimpin UMNO setelah sekian lama bermusuh di pentas politik negara.

Jelas beliau, perkembangan terbaru itu adalah hikmah yang sangat besar kepada politik negara susulan kejatuhan kerajaan UMNO BN setelah memerintah negara selama lebih 60 tahun.

Jelas beliau, pendekatan terbaru PAS dengan konsep Ta’awun Siasi (kerjasama politik) bersama UMNO dan merealisasikan politik dakwah dalam gerak kerja politiknya adalah berpaksi pada tuntutan Islam yang selama ini menjadi dasar PAS.

“Sementelah UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan PAS, maka PAS membuka pintu kerjasama dan mengajak mereka berdiri atas prinsip Ta’awun A’la Birri wa Taqwa (kerjasama di atas kebajikan dan tunduk kepada Allah S.W.T),” jelasnya lagi. – MYNEWSHUB.TV

Kategori