• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melayu Dulu Berani, Kini Penakut!

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – “Melayu yang begitu berani dulunya kini dah jadi penakut.”demikian kenyataan ‘pedas’ daripada bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang beranggapan orang Melayu kini tidak berani mempertahankan hak mereka.

Mengambil contoh siaran akhbar berbahasa Cina daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Hanif menegaskan tindakan berkenaan harus diprotes kerana ia merupakan satu kesalahan.

“Bila Guan Eng buat kenyataan rasmi dalam bahasa Cina, saya kena protes sebab dalam undang-undang memang tak boleh. Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad) tegur, kata ini satu kesilapan.

“Tapi dia (Guan Eng) kata ini Malaysia Baru, mana boleh, saya kena protes. Tua-tua saya pun, saya kena protes sebab undang-undang yang kata begini.

“Kalau nak guna bahasa lain, kami kena nyatakan keperluannya dan kepada siapa kenyataan itu ditujukan. Kalau nak beritahu orang Cina, mereka orang sini (Malaysia) dan bahasanya adalah Melayu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menjadi panelis dalam program Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hanif mendedahkan tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus berbanding 50 peratus selepas negara merdeka.

Menurutnya, beliau dan beberapa pemimpin akan berjumpa dengan kerajaan tidak lama lagi dalam usaha membincangkan langkah penyelesaian untuk isu tersebut.

“Bila kita tahu itu hak kita, kita mesti pertahankan. Tiada siapa nak pertahankan selain kita. Kita asyik beralah, beralah, sanggup ke asyik beralah.

“Itulah masalah orang Melayu sampai dia takut nak mengaku Melayu sebab dicop rasis tapi dalam perlembagaan siapa yang disebut?

“(Yang disebut) Melayu, Bumiputera, Sabah, Sarawak. Orang Cina tiada, Orang India tiada, disebut sebagai lain-lain kaum,” ujarnya. – Sinar Harian Online

Tags: Orang MelayuTun Hanif Omar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

Orang Melayu/ Islam Tolong Jangan Rugikan Undi Anda Kepada PN Pada PRU15

Orang Melayu/ Islam Tolong Jangan Rugikan Undi Anda Kepada PN Pada PRU15

19/11/2022
0

KITA faham mungkin ada di kalangan orang Melayu ada ketidakpuasan hati dengan individu tertentu dalam BN/UMNO. Namun, mengundi untuk memilih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd