Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

4 Rayuan Interlokutori Najib...

MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya hari ini menetapkan 11 dan 12 Mac ini untuk...

T’ganu Dokumentasi Pengurusan Banjir...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan laporan dokumentasi mengenai pengurusan banjir...

Ibu Tunggal Didakwa Tuduhan...

KUANTAN – Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

5,082 Doktor Pakar Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Terdapat 5,082 doktor pakar dalam pelbagai bidang yang sedang berkhidmat...

Maradona Kini Jurulatih Dorados

MEXICO – Diego Maradona telah dilantik menjadi jurulatih kelab liga Mexico divisyen kedua, Dorados, demikian laporan media tempatan.

Kelab tersebut telah mengeluarkan satu video pendek di saluran media sosial dengan mesej ‘Selamat Datang Diego’.

Bagaimanapun tiada maklumat terperinci diperoleh berkaitan Dorados dan akhbar Mexico hanya melaporkan bahawa Maradona dilantik bagi menggantikan Francisco Gamez.

Dorados memecat Gamez pada Khamis lalu selepas permulaan hambar dipamerkan oleh kelab berkenaan selain menghuni tangga ke-13 liga daripada 15 pasukan.

Maradona, 57 tahun adalah antara pemain hebat suatu ketika dahulu terutama pada 1986 yang menyaksikan dia menjadi kapten Argentina ketika memenangi gelaran Piala Dunia kedua dan terakhir negara itu.

Sebelum ini Maradona juga pernah menjadi jurulatih Argentina untuk kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. – REUTERS

Kategori