• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Diletak Bawah Kementerian Luar Bandar

oleh
01/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Kementerian Luar Bandar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya keputusan itu berikutan bantahan terhadap cadangan kerajaan sebelum ini yang berhasrat mengagihkan peranan agensi itu kepada beberapa kementerian kerana saiznya yang besar.

Beliau berkata peranan MARA kini telah berkembang dan terlibat dalam pelbagai bidang dan perniagaan dan bukan lagi semata-mata untuk pembangunan luar bandar.

“Saya harap kementerian itu kuat dan sanggup memikul beban yg cukup besar oleh kerana MARA bukan agensi kecil tetapi terlibat dalam pelbagai bidang termasuklah pembangunan luar bandar, perniagaan, pelaburan, perusahaan, pelajaran dan latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 bagi menjawab soalan peserta kongres tersebut yang mahukan kepastian kementerian yang akan mengambil alih MARA.

MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 mengikut Akta Parlimen sebagai badan berkanun hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada 1965.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mendakwa MARA akan dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa kementerian membabitkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Mahathir berkata cadangan untuk mengagihkan peranan MARA kepada beberapa kementerian mendapat tentangan hebat dan menyebabkan kerajaan mengambil keputusan meletakkannya di bawah satu kementerian sahaja.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi bantuan secukupnya kepada MARA bagi memastikan agensi itu mencapai kejayaan dalam melaksanakan peranannya.

Kongres bertemakan ‘Mendepani Cabaran Bumiputera Dalam Malaysia Baharu’ itu dihadiri lebih 2,500 peserta dan delegasi daripada pelbagai pihak berkepentingan Bumiputera. – BERNAMA

Tags: MARA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Di Sebalik Penarikan Diri Tommy Thomas

Next Post

Kesedaran Semakin Tinggi Terhadap Kebaikan Susu Ibu

Related Posts

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

24/02/2024
0

KUALA LUMPUR: MARA mencadangkan isu pentakrifan semula kategori pendapatan B40, M40 dan T20 dijadikan agenda ekonomi negara. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Kesedaran Semakin Tinggi Terhadap Kebaikan Susu Ibu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd