• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Di Sebalik Penarikan Diri Tommy Thomas

oleh
01/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOMMY Thomas pernah menimbulkan kontroversi kerana melantik Ms Sitpa Nevaratnam sebagai Peguam yang mewakili 1MDB dalam kes kapal Equanimity.

Ia dikaitkan dengan amalan kronisme kerana Ms Sitpa pernah bekerja di firma guaman milik Tommy.

Semalam sekali lagi persoalan timbul bila Tommy Thomas melantik DS Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan untuk kes 1MDB.

Tindakan itu mendapat kritikan beberapa Peguam. Gopal daripada awal lagi sudah ada pendirian mengenai 1MDB. Selepas dilantik menjadi PM, Gopal antara individu yang dipanggil oleh Tun untuk membincangkan isu 1MDB.

Dia membuat kenyataan terbuka mempertahankan perlantikan Richard Malanjun sebagai Ketua Hakim Negara.

Bahkan dia juga membuat kritikan terbuka terhadap Hakim Mahkamah Tinggi kerana menolak saman RM2.6 bilion oleh Tun Mahathir atas isu “Najib bukan Penjawat Awam”.

Maka apakah ketelusan dan keadilan akan berlaku kalau dia terlibat sebagai Pendakwa. Terdapat Peguam yang bimbang pendakwaan dendam akan berlaku dan proses keadilan tidak berjalan.

Sebelum ini Tommy juga dikritik hebat kerana berlaku pesta menggugurkan kes terhadap beberapa individu pro PH. Contohnya penarikan balik pertuduhan terhadap Hassan Karim MP Pasir Gudang, Thomas Su Keong Siong MP Kampar, R Sivarasa MP Sg Buloh, N Surendran bekas MP Padang Serai, Ratu Naga dan pelukis kartun Zunar.

Keputusan Pejabat AG untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap skandel tanah Ijok juga memeranjatkan. Perkembangan ini membimbangkan. Masalahnya, kenapa Majlis Peguam membisu?

Mohd Puad Zarkashi

Tags: Tommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd