• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana Hadiah Kemenangan Kami BAM?

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesabaran segelintir pemain profesional badminton negara kian menipis apabila mereka dipercayai masih belum menerima hadiah wang tunai yang dimenangi daripada pelbagai kejohanan sejak Januari lalu.

Difahamkan, ia tempoh menunggu paling lama buat kebanyakan pemain berkenaan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila hanya tiga ke empat bulan diperlukan untuk wang itu diagihkan sebelum ini.

Pemain terbabit bergantung kepada wang kemenangan itu bagi perbelanjaan mengharungi kejohanan serta latihan dan mereka kini jelas mulai berang.

“Kami difahamkan wang itu datang daripada BWF (Persekutuan Badminton Dunia), tetapi mereka kebiasaannya mengambil tempoh sebulan atau lebih untuk memindahkan wang berkenaan kepada persatuan kebangsaan.

“Kami tidak tahu mengapa ia mengambil begitu banyak masa untuk duit itu diberikan kepada kami,” kata seorang pemain yang tidak mahu didedahkan namanya secara ekslusif kepada Sukan NSTP.

Sekalipun tiada pengesahan mengenai jumlah yang tepat, difahamkan secara keseluruhan ia membabitkan jumlah ratusan ribu ringgit.

“Ia bukan saja melemahkan motivasi kami ketika latihan, tetapi turut mengganggu persiapan kami kerana kami bergantung kepada wang itu sebagai perbelanjaan perjalanan apabila kami mengharungi kejohanan di luar negara.

“Dalam tempoh 10 tahun, ini adalah masa paling lama kami perlu menunggu. Memburukkan perkara apabila kami mengetahui yang pemain luar negara, yang bermain dalam kejohanan yang sama dengan kami sudah memperoleh bayaran mereka,” kata seorang lagi pemain.

Selain penamat di podium, pemain yang berjaya mara ke peringkat 16 terbaik juga turut memenangi hadiah wang tunai.

Antara pemain yang beraksi sebagai pemain profesional ialah Goh Giap Chin, K Yogendran, Chong Wei Feng, Tan Boon Heong, Mohd Arif Latif, Nur Azriyn Ayub, R Satheishtharan dan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2018, Liew Daren. – BH ONLINE

Tags: BAMpemain
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Kekal Rendah Berbanding Dolar AS

Next Post

Telekomunikasi Prabayar Kepada Rakyat Dikecualikan Cukai

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Telekomunikasi Prabayar Kepada Rakyat Dikecualikan Cukai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd