• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terlepas Peluang Keemasan Di Tangan Jepun

oleh
02/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia terus kempunan menamatkan penantian 60 tahun merangkul pingat emas sulung acara hoki lelaki selepas tewas 1-3 kepada Jepun dalam penentuan pukulan penalti pada final Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, malam ini.

Lebih menyedihkan, kekalahan yang tidak sepatutnya diterima skuad negara selepas suatu ketika mendahului 5-2 sebelum aksi masa penuh tamat dengan keputusan 6-6 menyaksikan Malaysia terlepas peluang layak secara automatik ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ini merupakan kali kedua skuad yang diberi jolokan ‘Malaysia Tigers’ mensia-siakan peluang keemasan untuk melakar sejarah selepas turut kecundang di peringkat yang sama pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Turun selaku pasukan pilihan selepas menumbangkan jaguh Asia, India pada peringkat separuh akhir, skuad kendalian Stephen Van Huizen itu yang menduduki ranking ke-12 dunia ternyata berada dalam kelas tersendiri selepas cemerlang mendahului 4-1 pada dua suku pertama perlawanan.

Bagaimanapun, selepas Malaysia melebarkan jurang kedudukan kepada 5-2, Jepun yang menduduki ranking ke-16 dunia, berjaya menghukum kealpaan pertahanan negara dengan menjaringkan tiga gol untuk mengikat kedudukan menjadi 5-5.

Malaysia kemudian semakin hampir untuk dinobatkan sebagai pemenang pingat emas selepas berjaya menjaringkan gol keenam di penghujung permainan, namun berbaki hanya 20 saat menuju wisel penamat, Jepun sekali lagi menyamakan kedudukan dan sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan pukulan penalti.

Pada aksi penentuan pukulan penalti itu, Malaysia yang semakin tertekan gagal menjaringkan tiga pukulan menerusi Faizal Saari, Meor Muhammad Azuan Hasan dan Tengku Ahmad Tengku Abdul Jalil sekali gus memberikan kejayaan merangkul pingat emas sulung kepada Jepun.

Sebagai rekod, tiga daripada enam gol yang dijaringkan Malaysia dalam masa sebenar perlawanan hadir menerusi dua jaringan padang (minit ke-11 dan 12) serta satu jaringan pukulan sudut penalti minit ke-59 oleh Tengku Ahmad Tajuddin .

Tiga lagi disumbangkan Muhammad Razie Abd Rahim dan Faizal melalui jaringan pukulan sudut penalti masing-masing pada minit keempat dan ke-17 diikuti jaringan padang oleh Muhammad Amirol Mohd Arshad pada minit ke-50.

Sementara enam gol Jepun dijaringkan menerusi empat jaringan padang oleh Seren Tanaka minit kesembilan, Kenta Tanaka (minit ke-23), Kaito Tanaka (minit ke-52) dan Koji Yamasaki (minit ke-58) diikuti dua gol pukulan sudut penalti oleh Kenta (minit ke-53) dan Hiromasa Ochiai (minit ke-60). – BERNAMA

 

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd