• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Rangkul Anugerah Dream Asia AFC

oleh
13/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkul anugerah ‘Developing Member Association’ (MA) di Anugerah Dream Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia 2018 dalam majlis di Rumah AFC di sini hari ini.

Pada majlis itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial AFC, Sardor Rakhmatullaev mengumumkan kemenangan itu dan kemudiannya menyampaikan anugerah tersebut kepada Setiausaha Agong FAM, Stuart Ramalingam.

FAM menerima plak dan USD15,0000 (kira-kira RM 62,164) sebagai penghormatan usaha yang diambil melaksanakan tanggungjawab sosial melalui program ‘Eat Right to Play Right’ (ERTPR).

Melalui inisiatif yang dimulakan Julai 2017 itu, FAM berjaya melatih 128 jurulatih dan 1,469 kanak-kanak, menyediakan latihan dan pendidikan untuk kanak-kanak di kawasan pinggir dan luar bandar.

“FAM berasa bangga atas pengiktirafan dari organisasi seperti AFC … tahniah untuk kerja yang baik dilakukan semua pihak terlibat dalam semua bahagian dan kepimpinan FAM sejak beberapa tahun lepas.

“Kadangkala tanggungjawab sosial tidak begitu glamor berbanding ranking pasukan dan memenangi Piala AFF, tetapi ia membawa banyak perubahan positif dan harapan kepada masyarakat dan individu yang kurang menerima peluang seperti ini,” katanya kepada Bernama selepas majlis tersebut.

Sementara itu, Zurich Malaysia dan Yayasan ‘World Vision Malaysia’ memenangi anugerah kategori Korporat dan menerima USD10,000 (kira-kira RM41,443) pada majlis yang diadakan sempena Persidangan Tanggungjawab Sosial AFC.

Senarai penuh pemenang anugerah:

‘Inspiring’ MA : Persatuan Bola Sepak China (CFA)

‘Developing’ MA : Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

‘Aspiring’ MA : Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF)

Katogeri NGO : Yayasan Starfish Indochina (ISF) (Kemboja)

Kategori Korporat : Zurich Malaysia dan Yayasan World Vision Malaysia

Kategori Individu : Kushbu Oli (Nepal). – BERNAMA

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FIFPRO KECAM HUKUMAN FIFA TERHADAP 7 PEMAIN WARISAN MALAYSIA, ANGGAP TIDAK ADIL & TERLAMPAU

FIFPRO KECAM HUKUMAN FIFA TERHADAP 7 PEMAIN WARISAN MALAYSIA, ANGGAP TIDAK ADIL & TERLAMPAU

02/12/2025
0

1 Disember 2025 | Mynewshub KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPRO) menyifatkan keputusan Jawatankuasa Rayuan...

Isu Babit FAM, 7 Pemain Warisan: SPRM `Sedia Masuk’ Buat Siasatan

Isu Babit FAM, 7 Pemain Warisan: SPRM `Sedia Masuk’ Buat Siasatan

18/10/2025
0

KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan membuka kertas siasatan membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd