Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

‘Baju Merah’ Tolak Agenda...

KUALA LUMPUR - Himpunan 'Baju Merah' pada Rabu menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan haram...

Objek Meletup Berhampiran Kawasan...

PADANG BESAR : Satu objek dipercayai bahan letupan ditemukan di hadapan sebuah sekolah...

7 Terbunuh Serang Hendap...

MANILA - Enam anggota polis dan seorang penduduk tempatan terbunuh dalam dua serang...

Setengah Juta Kanak-Kanak Gaza...

KIRA-KIRA setengah juta kanak-kanak Gaza yang menunda penggal baru persekolahan mereka berikutan keganasan Israel...

Malaysia Perlu 38,333 Pusat Jagaan Kanak-Kanak Berdaftar

SEPANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menggesa supaya perhatian segera diberi ke arah mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak berdaftar, dengan berkata kemudahan itu kurang terdapat di negara ini.

Beliau berkata setakat Jun tahun ini, hanya 4,302 pusat jagaan sedemikian yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedangkan negara memerlukan sekurang-kurangnya 38,333 pusat jagaan kanak-kanak untuk memenuhi keperluan kanak-kanak di bawah umur empat tahun.

“Saya harap lebih banyak institusi swasta akan mula menimbangkan untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di dalam premis mereka,” kata Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Kerajaan menyokong penuh inisiatif ini dan memberi pengecualian cukai yang boleh ditebus oleh majikan,” katanya pada pelancaran Taska Krista@RedQ, sebuah pusat jagaan kanak-kanak di ibu pejabat AirAsia di sini hari ini.

Dr Wan Azizah, yang memuji usaha AirAsia untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak, berkata kejayaan seperti itu boleh dicapai apabila tenaga kerja sesebuah syarikat menunjukkan dedikasi dan bersemangat dalam kerja mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia dan CEO Kumpulan AirAsia X Tan Sri Tony Fernandes berkata penubuhan pusat jagaan kanak-kanak itu merupakan cita-cita AirAsia sejak syarikat itu mengendalikan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) 17 tahun lepas.

Beliau berkata pusat jagaan seperti itu akan diperluaskan ke pejabat AirAsia di negeri lain sekiranya ada keperluan untuk menubuhkannya.


Dikendalikan oleh Krista Education, Fernandes berkata pusat berkenaan menerima anak-anak petugas AirAsia berumur sekitar 11 bulan hingga enam tahun dengan bayaran yang minimum.

Pusat jagaan kanak-kanak itu berkeluasan 413 meter persegi dan mempunyai empat bilik darjah. Pada masa ini, 50 kanak-kanak ditempatkan di situ dan ia boleh menerima sehingga 80 kanak-kanak pada satu-satu masa.

Ia mempunyai tujuh guru serta seorang pengetua dan beroperasi antara 7 pagi hingga 7 malam. – BERNAMA

Kategori