• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bimbang Akan Pendirian Amerika Terhadap Palestin

oleh Ahmad Albab
13/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini melahirkan kebimbangannya dan membantah keras pendirian terbaru Amerika Syarikat terhadap Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) hari ini, Malaysia menyatakan keyakinannya bahawa pendirian Amerika itu bercanggah dengan usaha mencapai penyelesaian menyeluruh dan berpanjangan bagi konflik Palestin-Israel.

“Ia akan menggagal dan menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa untuk memastikan keselamatan dan kestabilan di rantau berkenaan,” kata Wisma Putra.

Wisma Putra berkata Malaysia seterusnya menyifatkan tindakan-tindakan oleh Amerika sebagai mencabuli hak-hak rakyat Palestin dan perjuangan mereka ke arah pemerintahan sendiri.
“Ia akan membakar sentimen dan menggagalkan sebarang rundingan ke arah perdamaian pada masa akan datang,” katanya.

Dalam tempoh beberapa minggu lepas, kerajaan Amerika telah menghentikan bantuan dua halanya kepada Palestin berjumlah lebih AS$200 juta; menghentikan sumbangan kepada Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA); dan mengeluarkan arahan menutup pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington.

Kerajaan Amerika juga memberi alasan bahawa arahan penutupan itu adalah disebabkan untutan Palestin supaya siasatan dijalankan ke atas Israel oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Wisma Putra dalam kenyataan itu juga berkata tindakan kerajaan Amerika itu telah melemahkan sistem multilateral; menafikan realiti di lapangan; menyokong dan membantu Israel melakukan kekejaman dan dasar-dasar yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa; serta mencabuli hak-hak rakyat Palestin.

Kesemuanya adalah turutan daripada keputusan kerajaan Amerika untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan langkah berikutnya untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmuqaddis, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh banyak pihak.

Ekoran perkembangan terbaru itu, Wisma Putra berkata Malaysia menggesa masyarakat Islam supaya terus menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin dan berharap lebih banyak sokongan diterima untuk menamatkan pendudukan paling lama dalam sejarah moden itu.

Malaysia juga menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil segala bentuk tindakan termasuk daripada segi undang-undang, politik, diplomatik dan ekonomi untuk memberi tekanan ke arah tercapainya perdamaian di rantau tersebut, katanya.

“Perjuangan rakyat Palestin bukan perjuangan umat Islam semata-mata, tetapi juga perjuangan semua pihak yang mempercayai sistem multilateral.

“Kita wajib mempertahakan hak untuk pemerintahan sendiri yang sah, yang merupakan dalah satu asas utama pembentukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya.

Malaysia mengulangi pendirian tegasnya bahawa penyelesaian ke arah pembentukan dua negara, di mana rakyat Palestin dan Israel dapat hidup aman damai bersama-sama, berdasarkan sempadan pra-1967 dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin, sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel itu. – BERNAMA

Tags: MalaysiaPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana muncul juara acara regu berpasukan...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd