• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majoriti Umat Islam Mula Bantah PH?

oleh Ahmad Albab
14/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sokongan rakyat untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) merosot, manakala sokongan kepada pembangkang meningkat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini disebabkan protes terhadap isu agama dan bangsa di negara ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Salleh berkata, ia berlaku disebabkan suara-suara pemuka bukan Islam dengan majoriti Ahli Parlimen bukan Islam seramai lebih 60 orang kini semakin tambah mendesak tanpa segan silu.

“Ahli-ahli Parlimen muslim mereka (kerajaan PH) seramai 58 orang pula tidak sekata dan berpolitik untuk kekal berkuasa dengan sikap serta pandangan yang dilihat umum mesra dan menyebelahi tuntutan tersebut,” katanya.

Nuridah berkata, protes rakyat terhadap kerajaan PH juga disebabkan isu kewanitaan dan kekeluargaan terutama berkait agama Islam sedang digembar-gemburkan dengan polemik politik bagi menjana persepsi buruk terhadap PAS dan pentadbiran kerajaan terdahulu.

Kata beliau, isu perkahwinan “bawah umur” tanpa merujuk ijtihad dan kesepakatan ulama muktabar, penderaan anak di pusat asuhan, perjalanan segelintir maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat berasrama turut menyumbang kepada perkembangan politik tersebut.

“Tuntutan feminisme dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak-hak tanggungjawab wanita Islam untuk berpakaian menutup aurat dan patuh syariah sudah mula dimomokkan di media cetak arus perdana dan media elektronik serta media sosial,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Kerajaan PHumat Islam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Next Post

Tumpuan PKR Memastikan Kemenangan Di PD Milik PH

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post

Tumpuan PKR Memastikan Kemenangan Di PD Milik PH

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd