• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Cadang Kes Saman Tajuddin Diselesai Secara Baik

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan dua lagi atas dakwaan memanggilnya dengan kata kesat ketika sidang media di lobi Parlimen, diselesaikan secara baik.

Peguam K. Murali yang mewakili Khalid memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aliza Sulaiman membuat cadangan itu semasa pengurusan kes di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam K. Shanmuga mewakili KiniTV Sdn Bhd.

Murali berkata pihaknya akan mempertimbangkan cadangan itu dan jika tiada penyelesaian dicapai oleh kesemua pihak, mahkamah menetapkan 1 dan 2 Nov serta 3 dan 6 Dis untuk perbicaraan kes.

Pada 26 April 2017, Tajuddin selaku plaintif menyaman Khalid, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan KiniTV Sdn Bhd selaku defendan selepas mendakwa Khalid telah mengeluarkan dua kenyataan berunsur fitnah terhadapnya termasuk memanggilnya dengan kata-kata yang kesat ketika mengadakan dua sidang media di lobi Parlimen, masing-masing pada 21 dan 24 Nov 2016.

Anggota Parlimen Pasir Salak, Perak itu mendakwa kenyataan pertama Khalid, yang juga Anggota Parlimen Shah Alam telah diterbitkan oleh NSTP melalui artikel bertajuk “Fury over Deputy Minister’s Remark” pada 22 Nov 2016 dan kenyataan kedua defendan disiarkan di KiniTV pada 24 Nov tahun sama serta kedua-dua kenyataan itu juga diterbitkan di “You Tube”, yang boleh diakses oleh orang ramai.

Dakwanya, kedua-dua kenyataan itu antara lain membawa maksud bahawa beliau tidak layak menjadi anggota Parlimen, bertindak bertentangan dengan ajaran dan budaya Islam dan telah menghantar anggota keluarganya termasuk anak, saudara-mara serta penyokongnya untuk menyerang defendan secara fizikal.

Tajuddin juga mendakwa ketiga-tiga defendan enggan mengemukakan permohonan maaf serta enggan menarik balik kenyataan fitnah itu meskipun notis tuntutan telah dihantar kepada kesemua defendan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, faedah serta kos yang sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahmankes saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd