• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Agung India Batal Larangan Seks Golongan Gay, Lesbian

oleh Ahmad Albab
07/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Mahkamah Agung India membatalkan larangan era-kolonial terhadap seks gay semalam dalam penghakiman yang ditunggu-tunggu aktivis golongan itu.

Seks gay dianggap sebagai tabu oleh kebanyakan masyarakat konservatif India dan telah diputuskan sebagai kesalahan jenayah pada tahun 2013.

Seramai lima orang hakim di Mahkamah Agung India sebulat suara membatalkan larangan itu.

“Apa-apa perhubungan seksual antara kedua-dua orang dewasa yang suka sama suka sama ada homoseksual, heteroseksual atau lesbian tidak boleh dikatakan melanggar perlembagaan,” kata Ketua Hakim India, Dipak Misra ketika membacakan penghakiman itu.

Kesalahan seks gay di India boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Para aktivis golongan tersebut mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang berjuang untuk perkara ini, berani menentang prasangka pa­ling buruk terhadap kami,” kata Pengarah Human Rights Watch Asia Selatan, Meenakshi Ganguly.

“Ini bukan hanya me­ngenai memberi kebenaran, tetapi mengiktiraf hak-hak asasi kami,” kata Akhi­lesh Godi, salah seorang pempetisyen di dalam kes tersebut kepada Reuters.

Undang-undang dikenali sebagai Seksyen 377 India melarang ‘hubungan seksual yang melawan fitrah dengan mana-mana lelaki, wanita atau haiwan’ yang diterjemahkan secara me­luas merujuk kepada pelaku seks homoseksual. – Reuters/Kosmo Online

Tags: IndiaLGBT
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd