• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luke Shaw Cedera Lagi!

oleh Ahmad Albab
09/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBARAT terkena sumpahan, Luke Shaw sekali lagi bernasib malang apabila pemain England itu berlaga kepala dengan teruk semasa separuh masa kedua menentang Sepanyol pada Sabtu.

Sebelum itu, Shaw berjaya menyumbat gol walaupun England tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Pemain berusia 23 tahun itu bertembung dengan Dani Carvajal pada awal separuh masa kedua sehingga menyebabkan permainan terpaksa dihentikan seketika selama tujuh minit.

Pasukan kecemasan England mengesahkan ia tidak seteruk yang disangka.

“Luke sudah sedar dan diperiksa oleh doktor kami serta diberikan sinar-X.

“Dia akan tinggal bersama kami semalaman untuk pemantauan selanjutnya.

“Perkembangan terkini akan dimaklumkan pada waktu pagi,” menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak tersebut.

Pemain pertahanan England itu diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan paramedik. – AFP

Pengurus skuad England, Gareth Southgate yang memberikan Shaw satu permulaan yang segar selepas tiga tahun, mengesahkan pemain tersebut sudah sedar dan boleh bercakap.

Karier Shaw bersama Manchester United pula dibayangi dengan beberapa kecederaan yang dialaminya.

Shaw pernah mengalami patah kaki di dua bahagian ketika perlawanan Liga Juara-Juara pada 2015 dan mengakui bahawa dia hampir kehilangan kaki.

Susulan insiden itu, Shaw berehat hampir sepanjang musim 2015/2016 dan menderita kecederaan pangkal paha pada musim berikutnya, diikuti dengan penampilan yang terhad.

Selepas berjaya meyakinkan Jose Mourinho yang dia layak berada dalam pasukan, Shaw memulakan kempen dengan bergaya dan sumbangannya pada Sabtu sebelum mengalami kecederaan telah berjaya menarik perhatian Southgate. – Reuters/Eurosport/mStar Online

Tags: Luke ShawManchester United
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak Alami Strok Selepas Keracunan Makanan Di Resort 5 Bintang

Next Post

Cristiano Ronaldo Kecewa Dengan Layanan Wartawan

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

Next Post

Cristiano Ronaldo Kecewa Dengan Layanan Wartawan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd