• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Juta Pelancong Dijangka Kunjungi Langkawi Pada 2020

oleh
17/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menerima kunjungan hormat dari delegasi PATA Travel Mart di Istana Arau, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Datuk Azizan Noordin berkata PATA yang bertaraf antarabangsa memberi kesan positif dan berupaya melonjak industri pelancongan tempatan.

“Pendapatan Langkawi hasil pelancongan pada 2020 pula dijangka mencecah RM9 bilion,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Istana Arau di sini, hari ini.

Beliau mengetuai delegasi 38 orang eksekutif kanan syarikat pelancongan dari 25 negara yang berkunjung ke Perlis. Ketibaan mereka di Istana Arau disambut oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 1,400 delegasi dari 70 negara yang menyertai PATA Travel Mart di Langkawi pada 12 hingga 14 Sept lepas.

Azizan berkata Lada menjangkakan empat juta pelancong mengunjungi pulau bebas cukai itu pada tahun ini setelah berjaya merekodkan kedatangan hampir 3.7 juta orang pada tahun lepas.

“ Pembesaran prasarana LTAL yang siap 1 Sept lepas dapat menampung kehadiran sebanyak empat juta pelancong berbanding 1.3 juta sahaja sebelum ini, dan memenuhi 232 penerbangan ke Langkawi dalam seminggu dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura dan China pada masa ini.

“ Rundingan dengan pihak berkuasa India dan beberapa negara di Asia Timur untuk mengadakan penerbangan terus dari negara berkenaan ke Langkawi pula masih berjalan,” katanya.

Dari segi tempat penginapan, beliau berkata sebanyak 247 hotel di Langkawi yang menawarkan 11,829 bilik, selain enam inap desa yang diiktiraf Lada, cukup untuk memenuhi keperluan pelancong untuk tempoh beberapa tahun lagi. – BERNAMA

Tags: Langkawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd