• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Bukan Serangan Israel: Tentera Syria

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Media rasmi Syria berkata bunyi kuat dari pangkalan udaranya awal pagi ini adalah letupan di depot simpanan senjata api berpunca dari masalah elektrik.

Namun, seorang pegawai tentera bersekutu serantau yang menyokong Damsyik mendakwa ia adalah serangan Israel.

Media rasmi memetik sumber tentera sebagai berkata tiada sebarang ‘pencerobohan Israel’ ke atas pangkalan udara Mezzeh berhampiran Damsyik, selepas satu bunyi letupan kuat kedengaran di seluruh ibu negara Syria.

Pegawai itu mendakwa letupan itu disebabkan oleh tembakan peluru berpandu Israel dari sempadan Bukit Golan di antara kedua-dua negara bertelagah itu.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, turut menyifatkan serangan itu dilancarkan oleh Israel, yang menyebabkan kematian dan kecederaan.

Israel sebelum ini mengakui ada melancarkan serangan udara di Syria yang menyasarkan kemampuan Iran dan sekutunya, termasuk kumpulan Syiah Hezbollah di Lubnan, yang menyokong Assad dalam perang saudara selama tujuh tahun di negara itu.

Setakat ini tiada sebarang maklum balas dari Israel berhubung dakwaan itu.

Pada Mei lalu, Israel mendakwa menyerang hampir semua infrastruktur ketenteraan Iran di Syria selepas pasukan Iran melancarkan roket di wilayah yang diduduki Israel. – Reuters/BH ONLINE

Tags: IsraelSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd