Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Kafe Terbakar, Lapan Maut...

TEHRAN - Lapan orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku lewat Selasa di Tehran,...

Anggota Tentera Jilat Tangan...

AMPANG JAYA - Anggota tentera yang mencabul seorang wanita dengan menjilat tangan mangsa...

MCA, Teresa Kok Tak...

SEMALAM, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah...

Jumlah Kematian Akibat Rempuhan...

DUBAI - Angka kematian akibat rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis lalu...

Lelaki Nafi Curi Jam Tangan Rolex Bekas Teman Wanita

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik kedai cermin mata mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan termasuk seutas jam tangan jenama Rolex bernilai RM60,000 milik bekas teman wanitanya, bulan lalu.

Ooi Say Keat, 29, didakwa mencuri jam tangan tersebut termasuk pelbagai barangan lain iaitu dua buah beg tangan jenama YSL dan Prada, telefon pintar iPhone 8, iPad dan wang tunai RM1,600 milik warga China, Wei Xiao Lan di sebuah unit di Furama Bukit Bintang, Jalan Pudu di sini kira-kira pukul 12 tengah hari, 26 Ogos lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin tidak mencadangkan sebarang jaminan sementara Say Keat yang tidak diwakili peguam merayu diberikan jaminan atas alasan dia perlu bekerja untuk menjalankan perniagaannya yang mempunyai seorang pekerja sahaja malah ini merupakan kesalahan kali pertamanya.

Majistret Mahyudin Mohamad Som membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan kes. – UTUSAN ONLINE

Kategori