• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bakar Bilik Doktor Pernah Terima Rawatan Mental

oleh
04/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lelaki yang bertindak menuang petrol sebelum menyalakan api sehingga menyebabkan lima termasuk seorang doktor dan tiga jururawat melecur di unit urologi sebuah hospital swasta di Jelutong semalam merupakan bekas pesakit mental.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata lelaki berusia 39 tahun yang ditahan itu pernah menerima rawatan mental di Hospital Pulau Pinang dan dia kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Lelaki yang masih bujang dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan selepas kejadian yang berlaku pukul 4.30 petang semalam dan berdasarkan rekod kesihatan dia pernah menerima rawatan mental.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana masalah mental namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata doktor berusia 50-an yang mengalami kecederaan kira-kira 30 peratus melecur di bahagian badan dan muka serta jururawat wanita berusia 30-an yang melecur lima peratus kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang. Mereka dilaporkan dalam keadaan stabil.

Che Zaimani berkata seorang pesakit wanita warga Taiwan yang turut cedera dalam kejadian itu juga dirawat di hospital swasta berkenaan.

Beliau berkata suspek yang cedera di tangan dan badan turut menerima rawatan sebelum dia ditahan.

Dalam kejadian petang semalam, lima termasuk seorang doktor dan tiga jururawat di sebuah hospital swasta di sini melecur akibat terbakar selepas seorang lelaki bertindak menuang petrol sebelum menyalakan api dalam kejadian di unit urologi hospital berkenaan semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, seorang lelaki yang membawa sebotol cecair dipercayai petrol memasuki sebuah bilik di unit berkenaan dan memeluk seorang doktor lelaki yang sedang bertugas sebelum mencurah petrol pada badan mereka dan menyalakan api. – BERNAMA

Tags: bakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Struktur SST Lebih Baik Untuk Ekosistem Automotif

Next Post

3 Nama Dikemukakan Bagi Jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur

Related Posts

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

02/07/2023
0

DUBAI: Iran menangguhkan untuk menghantar duta baharu mereka ke Sweden sebagai protes terhadap pembakaran al-Quran di luar sebuah masjid di...

Reman Lelaki Bunuh, Bakar Kekasih Hamil Sambung Lima Hari

Reman Lelaki Bunuh, Bakar Kekasih Hamil Sambung Lima Hari

29/05/2023
0

KUALA SELANGOR: Reman seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau,...

Next Post

3 Nama Dikemukakan Bagi Jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd