• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Amuk, Ugut Isteri Guna Parang & Bom Di Kluang

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ditahan polis kerana mengamuk dan mengugut isterinya di sebuah rumah di Taman Kluang Indah, dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata pihaknya menerima laporan pada jam 7.45 pagi menyatakan suspek mengamuk di garaj depan rumah sambil memegang parang dan sebutir bom dipercayai jenis mortar.

Katanya, bertindak atas laporan itu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang dikejarkan ke lokasi dan cuba memujuk suspek menyerah diri.

“Suspek dipercayai sudah tidak lagi tinggal serumah dengan isterinya itu. Ketika kejadian, lelaki berkenaan dikatakan ingin bertemu dengan anaknya tetapi tidak dibenarkan, mengakibatkan dia menjadi berang.

“Suspek kemudiannya mengugut untuk meletupkan bom terbabit, lalu menyebabkan isterinya menghubungi polis,” katanya kepada pemberita di IPD Kluang, di sini hari ini.

Menurut Mohd Abduh lagi, usaha untuk memujuk suspek berlanjutan sehingga tiga jam tetapi lelaki itu masih berdegil dan enggan menyerah diri.

Dalam proses itu, khidmat polis Tentera Mekanikal Rifle Persenjataan (AMRA) turut dipanggil untuk membantu menggunakan ‘taser gun’.

Katanya, suspek kemudiannya berjaya ditahan setelah beberapa anggota polis berjaya menyerbu masuk ke kawasan garaj itu pada pukul 10.45 pagi.

“Turut dirampas ialah sebutir bom berkarat, dua bilah parang berukuran 36 cm, sebilah pisau 25 cm dan sebilah pisau sembilan sentimeter,” tambah Mohd Abduh.

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan kes jenayah dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971, Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat,” katanya.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor turut dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret esok. – BERNAMA

Tags: amukParang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia, Singapura Kongsi Teknologi Pengurusan Plastik

Next Post

DBKL Wajibkan Daftar Pusat Tahfiz Untuk Keselamatan

Related Posts

Polis Cedera, Putus Urat Pergelangan Tangan Dilibas Parang

Polis Cedera, Putus Urat Pergelangan Tangan Dilibas Parang

02/08/2024
0

TELUK INTAN - Dua anggota polis cedera di tangan ketika bergelut menahan seorang pengedar dadah di sebuah rumah di Taman...

Adik Tak Mengaku Bersalah Tetak Abang Dengan Parang

Adik Tak Mengaku Bersalah Tetak Abang Dengan Parang

12/06/2024
1

Alor Gajah : Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, di sini, hari ini, atas pertuduhan menetak abang kandungnya...

Next Post

DBKL Wajibkan Daftar Pusat Tahfiz Untuk Keselamatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd