• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Wajibkan Daftar Pusat Tahfiz Untuk Keselamatan

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan mewajibkan pendaftaran pusat-pusat tahfiz dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) adalah bagi memastikan kebajikan dan keselamatan murid-murid terjamin, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Melalui proses pendaftaran, ia turut memudahkan DBKL untuk melakukan pemeriksaan dari segi struktur bangunan dan kemudahan serta memberi nasihat kepada pusat-pusat tahfiz untuk mematuhi syarat-syarat minimum yang ditetapkan, katanya.

“Kami nak mendaftarkan mereka bukan bererti mereka mendapat kelulusan daripada semua aspek, kami cuma mahu mereka di dalam senarai kami, biar kami tahu kewujudan mereka supaya sebarang permasalahan dapat dikenal pasti dengan mudah.

Selain itu, kami tidak mahu pusat-pusat tahfiz ini dibuat dalam bangunan tidak selamat ataupun dibina atas nama sekolah tahfiz tapi di belakang dengan tujuan lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ke-10 mengenai Bandaraya Lestari Bertaraf Dunia 2018 (WCSC 2018) di sini hari ini.

DBKL telah memberikan tempoh sehingga 31 Dis tahun ini untuk proses pendaftaran itu dan tindakan penghentian operasi akan diambil sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

“Jika ada premis yang beroperasi tanpa lesen kami turut akan ambil tindakan yang sama, kami melakukan demikian bukan berniat untuk menutupnya tetapi mahu membantu mereka dari segi keselamatan dan kebajikan di samping memelihara imej agama Islam,” katanya.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata pusat tahfiz di Kepong yang pengetuanya didakwa terbabit dalam kes meliwat sembilan pelajarnya tidak mendapat kelulusan Jawi kerana gagal mengemukakan laporan Bomba dan DBKL.

Dalam ucaptamanya pada WCSC 2018, Khalid menggesa kesemua bandar raya di Malaysia supaya mengguna pakai dan menyesuaikan strategi pembangunan dan tindakan mereka untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.

“Pembangunan hijau akan memastikan bandaraya-bandaraya sihat dan selesa serta juga akan membantu penggunaan tenaga yang lebih efisien dan mapan,” kata beliau.

Khalid berkata Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020, yang akan diwartakan pada penghujung tahun ini, disediakan untuk menggabungkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) atau Agenda Perbandaran Baharu (NUA)

“Kami komited untuk menyokong dan melaksanakan SDG dan pelan tindakan NUA bagi memastikan bandaraya ini selamat, terangkum, berdaya tahan dan mapan dengan urus tadbir bandar yang efisien,” katanya.

Beliau berkata komunikasi dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai agensi dan kementerian diperlukan untuk perancangan dan pelaksanaan projek yang lebih baik serta inisiatif dalam membina sebuah bandaraya lestari yang memastikan tiada siapapun ketinggalan.

“Bagaimanapun, kami akan memastikan kesemua agensi pelaksana faham akan peranan mereka ke arah mencapai matlamat bersama dan menyelaras usaha mereka menerusi dialog antara kementerian dan agensi di peringkat wilayah dan bandar raya,” katanya.

Bertemakan “Kuala Lumpur:Today and Beyond” , persidangan sehari itu mengumpul lebih 500 delegasi tempatan dan antarabangsa mewakili profesional daripada industri berkaitan pembinaan dan alam sekitar, pengurus bandaraya, agensi kerajaan, kumpulan penduduk dan pemegang kepentingan bandaraya. – BERNAMA

Tags: pendaftaranpusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menerima 11,077 ahli baharu hanya dalam tempoh empat hari pendaftaran keahlian secara dalam talian (online) dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd