• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Aktiviti Sukan Untuk Seri Setia

oleh
06/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lebih banyak program kesukanan akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, sekiranya kerusi itu dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil (PRK) Sabtu ini.

Calon PH Halimey Abu Bakar berkata, pelaksanaan program sukan untuk rakyat di kawasan itu adalah tidak mustahil kerana terdapat banyak kawasan lapang sedia ada bagi kegunaan tersebut.

“Berdasarkan terdapat banyak kawasan lapang di DUN Seri Setia ini, saya percaya rancangan untuk mengadakan program sukan untuk rakyat tidak akan berdepan halangan,” katanya pada sidang media hariannya di sini, hari ini.

Menurut bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, beliau akan memberi perhatian serius untuk mempromosikan sukan berprestasi tinggi seperti bola sepak, sepak takraw dan badminton.

Malah, katanya, beliau berhasrat menubuhkan sebuah akademi bola sepak di DUN tersebut bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dalam kalangan remaja, terutama di peringkat persekolahan.

Bagi mengimbangi trend dan kegilaan remaja terhadap permainan di aplikasi telefon pintar, Halimey turut bercadang untuk mempromosikan karnival atau pertandingan sukan.

Beliau berkata penganjuran karnival atau pertandingan sukan itu diharap akan mengawal kecenderungan remaja terhadap permainan di gajet, dan menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti luar.

“Selain itu, sebagai seorang penggemar aktiviti sukan berbasikal, saya juga merancang untuk membuat satu trek berbasikal baru melibatkan kawasan Taman Medan melalui Desaria (PJS5) dan masuk ke kawasan sekolah di PJS4 dan PJS 5.

“Kita mengambil kira kebaikan di mana anak-anak boleh berbasikal ke sekolah, mengurangkan kos sara hidup dan lebih selamat jika ada trek baru ini nanti,” katanya.

Halimey berdepan calon PAS Dr Halimah Ali pada PRK itu yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN tersebut, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lalu. – BERNAMA

Tags: Halimey Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Halimey Menang Di Seri Setia Dengan Majoriti 4,027 Undi

08/09/2018
0

PETALING JAYA – Calon anak tempatan Halimey Abu Bakar daripada Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan...

PRK Seri Setia: Halimey Sedia Isytihar Aset Jika Diminta SPR

07/09/2018
0

PETALING JAYA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Halimey Abu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd