• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuwait Haramkan 4,000 Judul Buku

oleh Cj Mnh
24/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUWAIT CITY – Akhbar Kuwait pernah memuji Gabriel Garcia Marquez sebagai sasterawan ulung, malangnya selepas kematian penulis kelahiran Colombia itu, seluruh karya penulis lain diharamkan sebaik saja penapisan undang-undang diperkenalkan di negara Asia Barat.

Menurut laporan media tempatan, lebih 4,000 buku disenarai hitam oleh kementerian penerangan Kuwait dalam tempoh lima tahun kebelakangan, termasuk karya Marques, ‘One Hundred years of Solitude’ dan Victor Hugo ‘The Hunchback of Notre Dame’.

Susulan tindakan itu, menyebabkan puluhan penulisan dan aktivis mengadakan tunjuk perasaan di jalanan sejak 1 September lalu dan dua minggu kemudian sebagai bantahan menjelang pameran buku tahunan Kuwait, pertengahan November tahun ini.

Lebih menyedihkan, apabila hasil tulisan novelis Kuwait, Mays al-Othman turut disenarai hitamkan, susulan novelnya yang diterbitkan pada 2015, ‘The Wart’ yang mengisahkan seorang wanita yang dirogol ketika pendudukan Iraq pada 1990-1991.

“Tindakan mengharamkan buku melambangkan kejahilan dan kekejamanm, malangnya ia terus berlaku,” kata Mays.

Semua judul buku yang menyertai pameran buku antarabangsa bakal disaring oleh jawatankuasa penapisan.

Jawatankuasa itu bertindak di bawah undang-undang 2006 berhubung akhbar dan penerbitan yang menggariskan beberapa kesalahan yang boleh dihukum kerana menerbitkan kedua-dua hasil karya kesusasteraan dan kewartawanan.

Apa yang tersenarai setakat ini antaranya kesalahan menghina Islam atau kehakiman Kuwait, mengancam keselamatan negara, menghasut agar melakukan kekacauan atau tindakan tidak bermoral.

Pegawai kanan kementerian maklumat, Mohammed al-Awash mempertahankan jawatankuasa penapisan, termasuk kumpulan akademik yang tidak bergabung dengan kementerian. – AFP

Tags: bukudiharamkan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Adik Ipar & Suami Direman

Next Post

Mat Sabu Berada Di AS Lakukan Lawatan Kerja

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas Dong Zong

15/08/2019
0

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong). Pengarah Jabatan...

Buku Tulisan Nana Menang Buku Umum Terbaik

02/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Buku autobiografi tulisan penyanyi, Siti Nordiana Alias yang bertajuk Lifes Goes On telah dinobatkan sebagai Buku Umum...

Next Post

Mat Sabu Berada Di AS Lakukan Lawatan Kerja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd