• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kursus Belajar Demo Bukti Iltizam Umno Nak Lawan HARAPAN

oleh Cj Mnh
03/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SALAH seorang pemimpin utama Umno ketika ini, Lokman Noor Adam, parti itu sedang mempersiapkan “tentera” dalam usaha mereka “memusnahkan” parti yang sedang memerintah sekarang.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam memberitahu “tentera” terbabit memiliki semangat juang yang tinggi bagi menghadapi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mengulas mengenai satu klip video yang tular sejak semalam, Lokman mendakwa ia juga menjadi isyarat jelas bahawa Umno sentiasa membawa isu rakyat, bukannya hal-hal perkauman sempit.

“Dengan tersebarnya video itu, baru ahli Umno sendiri sedar bahawa kepimpinan baru parti di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presidennya sedang menyediakan bala tentera untuk memusnahkan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu satu klip video pendek menjadi tular sebelum dipersendakan sesetengah pihak, terutama penyokong kerajaan.

Melalui klip video itu kelihatan sekumpulan orang berlatih mengadakan demonstrasi. Menurut keterangan mengiringi klip video itu aksi tersebut ialah sebahagian daripada pengisian kursus asas Umno untuk menjadi pembangkang berkesan.

Ia diadakan selama tiga hari mulai 31 Ogos, dipercayai di sebuah pusat latihan milik Umno di Janda Baik, Pahang.

Tak tahan lama

Sejak negara mencapai kemerdekaan Umno tidak pernah menjadi pembangkang sehinggalah pada 9 Mei lalu apabila pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Untuk rekod Lokman menjadi antara pemuda yang mula mencipta nama dalam politik sejak era reformasi 1998 apabila mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sendiri ketika itu sering menyertai tunjuk perasaan mendesak Tun Dr Mahathir meletak jawatan.

Bagaimanapun beliau kemudian menyertai Umno semula dan berkhidmat sebagai salah seorang panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

JASA bagaimanapun dibubarkan kerajaan HARAPAN.

Selain klip video berkenaan, satu lagi gambar memaparkan jadual program kursus tersebut turut menjadi tular. Antara lain pengisian program tersebut melibatkan debat kedai kopi dan simulasi membuat laporan polis.

Kata Lokman pihaknya selalu mengadakan tunjuk perasaan menuntut janji 100 hari HARAPAN namun mendakwa tiada media yang dikuasai gabungan itu membuat laporan.

“(Tersebarnya) simulasi demonstrasi kami ini pun cukup untuk memberi isyarat bahawa rakyat mahu HARAPAN menunaikan janji,” katanya.

Lokman yang juga pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan turut secara sinis mengucapkan terima kasih kepada bloger Milo Suam kerana menyebarkan klip tersebut.

“Jika mereka tahu apa yang berlaku sepanjang tempoh tiga hari (program berlangsung), bermakna mereka juga mengetahui semangat Laskar Jihad Umno, keberanian mereka dan kemampuan mereka.

“Maka bolehlah disampaikan jua bahawa hayat pemerintahan HARAPAN tidak akan bertahan (selama) enam bulan lagi,” katanya.

Dalam kenyataan sama Lokman secara tidak langsung mengakui klip itu tersebar kerana berlau ‘kebocoran’ tapisan keselamatan.

Katanya ia dirakam seorang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang namanya masih tersenarai sebagai ahli Umno.

Sementara itu berdasarkan maklumat di Facebook Lokman, kursus tersebut dianjurkan oleh pertubuhan yang diketuainya, Pemantau Malaysia Baru, bersama Jawatankuasa Komunikasi dan Media Umno.

Kursus Asas Pembangkang Berkesan itu diadakan bagi mengukuhkan persediaan sukarelawan Umno untuk menjadi barisan pembangkang yang berjiwa kental dan berwibawa. – Malaysiakini.com

Tags: kursuspembangkang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia Akan Terus Perluas Kedudukan Di China

Next Post

‘Mungkin Saya Terlalu Peramah’

Related Posts

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

07/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri...

Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya – PM

Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya – PM

11/01/2024
0

Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha menumbangkan kerajaan pusat sedia ada dengan memulakan undi tidak percaya di Parlimen, kata...

Next Post

'Mungkin Saya Terlalu Peramah'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd