Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

ISTAF: Malaysia, Thailand Berentap...

MELAKA - Musuh tradisi sepak takraw, Malaysia dan Thailand, bakal berentap pada perlawanan...

Operasi Helikopter Perlu Dipantau...

PUTRAJAYA - Operasi helikopter perlu dipantau bagi mengelakkan berlaku bencana atau tragedi pada...

2 Penganggur Dipenjara 7...

JOHOR BAHRU - Dua penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret,...

CEO GLC Direman Kes...

PUTRAJAYA - Seorang ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman tiga hari...

Kuasa Mutlak Peguam Negara Perlu Dikaji Semula

KANGAR – Kuasa mutlak yang ada pada Jabatan Peguam Negara untuk melakukan sesuatu pendakwaan perlu dikaji dan diteliti semula bagi mengelak berlakunya konflik kepentingan atau prejudis khususnya melibatkan pemimpin-pemimpin politik di pihak kerajaan.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rusdi Omar berkata, sepatutnya kuasa pendakwaan ini dipertanggungjawabkan kepada agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau polis.

Katanya, hal demikian kerana, Peguam Negara yang dilantik oleh Perdana Menteri berpotensi memihak kepada kerajaan memerintah termasuk dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dan terbaharu menggugurkan tuduhan rasuah melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Bidang kuasa Peguam Negara terlampau mutlak dalam memulakan atau menghentikan sesuatu kes jenayah di mahkamah sivil. Jika seseorang itu (Peguam Negara) memihak kepada kerajaan, sampai bila-bila tidak akan berlaku pendakwaan.

“Kuasa tersebut perlu diasingkan biar pihak yang menyiasat, kalau SPRM biar SPRM melakukan pendakwaan begitu juga polis. Kita tidak mahu berlaku prejudis dalam soal ini.

“Melainkan sekiranya Peguam Negara ini dilantik oleh satu jawatan kuasa di bawah Parlimen dan bukannya Perdana Menteri lagi. Jika kita lihat sebelum ini, sekiranya kes membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) kebanyakkannya bebas, hari ini situasi sama berlaku apabila membabitkan pemimpin Pakatan Harapan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.

Berikutan itu, ramai pihak termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta Peguam Negara, Tommy Thomas untuk memberi penjelasan terhadap keputusan menggugurkan pendakwaan dalam kes berkenaan.

Seterusnya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mencadangkan agar agensi penguat kuasa seperti SPRM diberikan kuasa untuk melakukan pendakwaan

Sementara itu, Rusdi berkata, selain Peguam Negara, beberapa jawatan penting lain seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM atau Ketua Polis Negara perlu dilantik oleh jawatan kuasa di bawah Parlimen dan bukannya oleh Perdana Menteri lagi. – UTUSAN ONLINE

Kategori