Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Blogger Gesa SKMM Siasat...

CYBERJAYA - Seorang blogger, Ragvinder Singh Jessy hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya...

Lelaki Menangis Tertekan Didesak...

DONGGUAN - (China) - Dua anggota polis di bandar ini terpaksa menjadi kaunselor...

Cicit Onn Jaafar Antara...

CICIT kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Datuk Onn Hafiz...

Saharul Nikah Deena Emir...

SEBELUM ini, Saharul Ridzwan pernah mendedahkan dirinya akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini,...

Kritikan Terhadap Hukuman Sebat Hanya Sementara

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu bersikap positif terhadap kritikan segelintir pihak berhubung pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua wanita kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis, oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Isnin.

Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata beliau percaya ia bersifat sementara dan mereka akan faham bahawa hukuman yang dikenakan itu adalah untuk mendidik pesalah yang terlibat dalam kegiatan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di negara ini.

“Mereka (masyarakat) kena faham prinsip dan undang-undang yang dilaksanakan itu adalah satu mesej kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa amalan seks songsang tidak wajar diamalkan di negeri Terengganu khususnya dan amnya di negara ini yang mempunyai tatasusila dan norma masyarakat yang beragama Islam.

“Jadi, saya percaya jika masyarakat kita melihat hukuman ini dengan objektif, dengan mata hati dan ilmu serta kefahaman dan bukan dengan emosi mereka boleh terima dan lihat keindahan di sebalik hukuman itu berbanding kaedah sivil yang agak tegas,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kritikan di media sosial tentang pelaksanaan hukuman sebat itu, selepas Majlis Kesyukuran Meraikan Pasukan Piala Presiden TFC III dan Piala Belia TFC IV di sini pada Selasa.


Sebilangan daripada kritikan itu mendakwa hukuman itu membawa kemudaratan terutama daripada segi psikologi. – BERNAMA

Kategori