• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontrak Kerajaan Diperoleh Bumiputera Terbatal Jika Dijual

oleh
01/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kontrak kerajaan yang diperoleh syarikat Bumiputera akan terbatal sekiranya ia dijual atau dipindahkan kepada pihak lain, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan memberi pertolongan kepada syarikat Bumiputera yang hanya mahu mencari kekayaan dengan cepat tanpa berusaha melaksanakan kontrak yang diperoleh.

“Kalau seseorang itu mendapat kontrak, maka dialah akan melaksanakan kontrak itu. Kalau dijual atau dipindah kepada orang lain, maka kontrak itu akan terbatal. Minta maaf.

“Kalau kita tidak ada kemampuan untuk melaksanakan kontrak itu, jangan cuba mendapat kontrak. Kalau niat kita hanya untuk menjual kontrak yang kita dapat maka kontrak yang kita jual itu tidak lagi sah, tidak lagi boleh dilaksanakan,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 bertemakan mendepani cabaran bumiputera dalam Malaysia baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta lebih 2,500 peserta kongres.

Mahathir berkata kerajaan PH juga akan memperketat amalan tidak baik yang dilakukan pihak tertentu untuk memperoleh keuntungan dengan segera, termasuk berhubung penjualan Permit Import (AP).

Menyatakan tidak ada berita gembira untuk disampaikan pada kongres itu, Mahathir sebaliknya berkata akan berleter dan terus menegur orang Melayu dan Bumiputera supaya menukar budaya serta nilai hidup dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib sendiri.

Katanya tabiat ingin kaya dengan cepat dan mengharapkan bantuan kerajaan tidak akan membawa kejayaan kepada orang Melayu dan Bumiputera.

“Selagi kita teruskan dengan cara begini, selagi itulah kita akan gagal, lebih-lebih lagi apabila kita diperkenalkan dengan cara mudah untuk kaya. Kerajaan mengumpul wang dan bagi percuma kepada kita seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan upah untuk nelayan yang tidak tangkap ikan.

“Semua ini melemahkan kita kerana kita tidak lagi perlu berusaha kuat untuk mendapat sara hidup yang sebaiknya, sebaliknya kita menunggu wang datang melayang dan bergolek kepada kita,” katanya.

Menarik perhatian ketika pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dr Mahathir berkata pelbagai bantuan dihulurkan kerajaan ketika itu untuk membantu golongan bumiputera termasuk pemberian kontrak secara runding terus dan pemberian AP yang kadang-kadang menimbulkan rasa tidak senang pada kaum lain.

Beliau berkata peluang yang diberi itu sebaliknya membawa kejayaan kepada kaum lain ekoran amalan tidak baik syarikat Melayu dan Bumiputera.

“Kita telah berusaha sedaya-upaya bagi peluang tetapi kita dapati tabiat nak dapat kekayaan cepat ini menyebabkan mereka tidak berjaya. Semasa kita laksanakan DEB bukan Bumiputera yang berjaya…tetapi bukan Bumiputera kerana mereka menggunakan peluang untuk berniaga dan membesarkan syarikat sehingga menjadi jutawan dan billionaire dan mendirikan bandar Kuala Lumpur serta bandar-bandar lain,” katanya.

Bagaimanapun Dr Mahathir menegaskan DEB menghasilkan kejayaan kepada usahawan yang benar-benar berusaha, selain menghasilkan golongan profesional melalui pemberian biasiswa tanpa mengikut merit.

Justeru, Perdana Menteri mahu kongres yang diadakan kali ini lebih serius dalam mencari jalan memperbaiki nasib Bumiputera dan masyarakat Melayu.

Dr Mahathir berkata kerajaan sedia melaksanakan agenda yang baik kepada rakyat meskipun keputusan yang bakal dibuat itu tidak popular.

“Kongres ini perlu serius untuk melaksanakan keputusan yang baik, jika ada. Kalau ia terhad kepada meminta-minta, saya percaya walaupun kerajaan ini akan dikalahkan kerana tidak menunaikan permintaan, itu tidak mengapa bagi kita.

“Bukan kita berada di sini untuk menganiaya kaum bangsa kita sendiri, itulah harapan kita,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Kongres sehari itu bertujuan sebagai wacana kepada usaha kerajaan untuk menggubal agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera baharu serta bakal mengenal pasti fokus bidang pertumbuhan baharu untuk diceburi oleh Bumiputera. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd