• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Bakal Cetus Momen Terindah

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menjelang tarikh 6 Oktober depan dengan bersaksikan pentas berprestij Istana Budaya di sini, penghibur sepanjang zaman, Datuk Ramli Sarip akan berpadu tenaga dengan Datuk Khadijah Ibrahim bagi menjayakan Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih.

Petang ini merupakan majlis sidang akhbar kali kedua dan turut diselitkan pengumuman terhasilnya sebuah rekod atau LP, Koleksi Ikhlas Terbaik dari Khadijah.

Mengandungi 10 buah lagu pilihan Khaty, LP Koleksi Ikhlas Terbaik ini merupakan sebuah rekod koleksi peribadi yang dijual pada harga RM170.

“Cetakan LP Koleksi IkhlasTerbaik ini dibuat di Australia dan cetakan pertama adalah sebanyak 500 unit.

“Antara 10 buah lagu turut dimuatkan lagu berjudul Ku Sangka Siang Kiranya Malam, Ku Pendam Sebuah Duka dan tidak ketinggalan, versi asal Doa Buat Kekasih,” kata Khadijah yang mengambil masa lebih kurang setahun setengah berbincang dengan Shan Selvadurai untuk menghasilkan vinyl atau LP koleksi.

Kata Khadijah, persiapan menjelangnya Konsert Doa Buat Kekasih yang bakal berlangsung di Istana Budaya selama dua jam setengah bukan hanya dari segi fizikal tetapi juga persiapan mental.

Setakat ini, beliau memberitahu, tidak menghadapi masalah dari segi persiapan mental.

Ini kerana, Khadijah akui, mentalnya cukup kuat dalam mengadakan sebuah konsert berskala besar.

“Memang bukan suatu perkara yang mudah apabila kita mengadakan konsert kerana banyak perkara yang perlu diambil kira.

“Sekiranya merasa tertekan memikirkan tentang konsert, saya akan keluar dengan kawan-kawan dan kita berbual dan topik perbualan bukan yang berkaitan dengan konsert.

“Daripada perbualan tercetus idea untuk saya membuka kafe bersebelahan dengan Restoran Khadijah Ibrahim di Petaling Jaya.

“Kafe ini saya namakan KT B1st dan akan beroperasi pada akhir September ini,” katanya.

Kafe KT B1st menurut Khadijah, akan memulakan operasi dari pukul 7 pagi dan menyediakan pelbagai juadah sarapan termasuk lontong.

Pada majlis yang sama, Ramli berkata, Konsert Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour bakal mencetuskan momen terindah bagi audiens yang hadir menyaksikannya di Istana Budaya.

Kata Ramli, mereka yang hadir akan disajikan dengan sebuah persembahan dan bukannya satu pertunjukkan.

“Antara lagu yang akan kami persembahkan pada 6 Oktober nanti ialah lagu-lagu yang telah tersimpan selama 30 tahun tetapi tidak dapat dipersembahkan kepada khalayak disebabkan pada ketika itu, isunya ialah berambut panjang.

“Jadi, momen yang dinanti-nantikan telah tiba dan peminat akan dapat menyaksikan persembahan saya, Datuk Khaty dan duet yang mana lagu-lagu Melayu akan disampaikan dengan perasaan dan jiwa Melayu,” ujarnya.

Mengakui merasa teruja menanti menjelangnya hari konsert di Istana Budaya, Ramli cuba untuk mengawal perasaannya yang berasa amat teruja untuk menjayakan Konsert Doa Buat Kekasih, 30th Anniversary Tour 2018.

“Setiap kali membuat persembahan kita diuji dengan idea baharu yang segar yang ada di sekitar kawasan kita.

“Itu kena terap dan ia mesti bagus supaya apabila penonton keluar daripada menyaksikan persembahan, mereka membawa keluar satu kepuasan.

“Semangat dan susunan muzik itulah yang susah untuk dijeladkan kerana ini bukan sebuah persembahan biasa tetapi satu persembahan yang menyuntik perasaan dan kemahiran para pemuzik, Soul Journey,” jelas Ramli.

Roza Rasul yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik akan membuat susunan baharu lagu Doa Buat Kekasih pada 6 September ini di Sijangkang.

Tugas memberi sentuhan baharu pada susunan muzik Doa Buat Kekasih diakui oleh Roza sebagai sesuatu yang perlu dilakukannya dengan penuh hati-hati kerana susunan muzik yang baharu itu nanti dilakukan tanpa mencacatkan komposisi asal Dia Buat Kekasih.

“Muzik Doa Buat Kekasih ‘mengasingkan’ antara penyanyi dan pemuzik.

“Susunan baharu yang akan dihasilkan kelak dibuat dalam bentuk yang lebih mendekatkan antara pemuzik dan penyanyi.

“Ini cabaran yang besar kepada semua pemuzik dan walaupun ratusan, mungkin ribuan kali Doa Buat Kekasih disentuh muziknya tetapi abang Ramli (Datuk Ramli Sarip) sendiri mahu susunan muzik untuk konsert adalah segar dan tidak keterlaluan ataupun betlebih-lebihan dalam penggubahannya,” kata Roza atau Rozaria Rasul. – UTUSAN ONLINE

Tags: khadijah ibrahimRamli Sarip
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramli Sarip Buka Kafe Di Singapura

21/08/2018
0

BAYANGKAN anda berjalan di kawasan anak muda di Haji Lane, Singapura... tiba-tiba terserempak dengan Papa Rock, Ramli Sarip yang sedang...

Papa Rock Ramli Sarip Duta Bahasa Melayu S’pura 2015

13/04/2015
0

SINGAPURA - Legenda Papa Rock Singapura, Ramli Sarip, diangkat sebagai salah seorang Duta Bahasa Melayu republik tersebut bagi kempen sepanjang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd