Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Wasiat Pelik Peminat Fanatik...

KISAH pelik ini dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook iaitu Azwin Amin melalui...

Polis Larang Terbangkan Dron...

KUALALUMPUR - Polis melarang mana-mana pihak menerbangkan dron pada sambutan ambang 2020 di...

Lelaki Warga Asing Ditahan...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 41 tahun kerana...

Ansat Dan Mi-171A2 Akan...

KUALA LUMPUR - Russian Helicopters, yang merupakan sebahagian daripada Rostec State Corporation akan...

Klopp Nafi Gaduh Dengan Fabinho

JURGEN Klopp menegaskan Fabinho boleh beraksi untuk Liverpool pada masa ini dan mendakwa dia tiada masalah dengan pemain Brazil itu walaupun tidak menurunkannya dalam aksi bertemu Leicester.

Pengendali dari Jerman itu masih belum menurunkan Fabinho sehingga menyebabkan ramai keliru mengenai keputusan Klopp.

Namun Klopp menolak dakwaan bahawa hubungannya dengan pendatang baharu itu dingin dengan memberitahu Fabinho akan beraksi dalam masa terdekat.

Ketika ditanya apa yang tidak kena dengan Fabinho, Klopp berkata:”Tiada apa-apa. Pasukan bagus dan dia memerlukan masa.”

“Dia boleh bersama skuad… sudah tentu. Tetapi agak sukar untuk menentukan skuad ketika ini kerana semua pemain cergas.

“Agak bagus apabila ada seorang pemain perlu sedikit masa manakala yang lain menggunakan peluang itu. Itulah sebabnya.


“Namun dia akan kembali. Dan sekarang kami ada perlawanan setiap tiga hari dan dia menunjukkan kemajuan sejak beberapa minggu lalu. Dia boleh beraksi pada masa ini.

“Sekarang Fabinho ada perlawanan bersama Brazil dan kemudian selepas dia pulang, kami ada banyak perlawanan. Jadi kami perlukan dia selepas ini,” kata Klopp. – mStar Online

Kategori