• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Terima 14 Kes Baharu Keracunan Alkohol

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Perak sehingga tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat tengah hari tadi menerima tujuh aduan dari negeri Selangor, dua dari Kuala Lumpur dan lima dari negeri Perak menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 68 kes direkodkan sejak Isnin lalu.

“Jumlah kematian adalah sebanyak 21 kes iaitu 16 kes di negeri Selangor, tiga kes di Kuala Lumpur dan dua kes di negeri Perak,” katanya.

Sejak Isnin lalu, seramai 21 orang yang terdiri dari warga asing dan tempatan meninggal dunia dan berpuluh lagi dirawat di hospital di sekitar Lembah Klang dan Perak akibat keracunan alkohol.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang meneruskan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara.

Katanya setakat ini, sebanyak 68 premis yang menjual arak telah diperiksa di mana 647 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah disita.

“Di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya .

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak meminum minuman beralkohol yang dikhuatiri tercemar dengan metanol. – BERNAMA

Tags: keracunan alkoholkes baharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

COVID-19: 20,696 Jangkitan Kes Baharu Seminggu

COVID-19: 20,696 Jangkitan Kes Baharu Seminggu

17/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20,696 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara antara tempoh seminggu bermula 10 hingga 16 Disember lalu, meningkat...

Kes Baharu COVID-19 Turun 18.7 Peratus Minggu Lalu

Kes Baharu COVID-19 Turun 18.7 Peratus Minggu Lalu

26/12/2022
0

KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2022) atau 18 hingga 24 Disember lalu, merekodkan penurunan 18.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd