• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM: Kematian Keracunan Metanol Meningkat 37 Orang

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ​​​Empat lagi kematian akibat keracunan metanol dilaporkan, dengan tiga dari Selangor dan satu di Kuala Lumpur, menjadikan jumlah terkini kematian yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat kepada 37 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kematian yang dilaporkan KKM sehingga 12 tengah hari Selasa, 23 kes direkodkan di Selangor, 11 di Kuala Lumpur dan tiga di Perak.

Berdasarkan kewarganegaraan, kematian melibatkan 10 warga tempatan, Bangladesh (dua), India (dua), Myanmar (11) dan Nepal (lapan), manakala empat lagi tidak diketahui kewarganegaraan.

Beliau berkata KKM menerima 93 notifikasi kes keracunan metanol daripada kemudahan kesihatannya sejak 15 September hingga 12 tengah hari tadi.

“Dengan pertambahan ini menjadikan jumlah kes keracunan metanol di Kuala Lumpur adalah 17 kes, Negeri Sembilan meningkat kepada dua kes manakala Selangor dan Perak kekal pada 62 dan 12 kes masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah pesakit yang dicatatkan menerima rawatan di hospital, lapan didapati stabil dan dibenarkan pulang.

Sebanyak 23 pesakit masih lagi menerima rawatan di 12 hospital sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, daripada 23 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital, lapan daripadanya adalah kes kritikal.

Orang ramai diseru untuk membawa segera ahli keluarga atau rakan-rakan yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima hari pengambilan minuman beralkohol ke mana-mana klinik atau hospital terdekat untuk menerima rawatan.

“KKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: keracunan alkoholmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd