• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Sindir Bakal PM ‘Waghih’ Negeri Sembilan

oleh
12/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN isu ini tampak agak remeh tetapi kesannya amat besar apabila ia melibatkan jawatan tertinggi iaitu perdana menteri yang pada kelazimannya bangga diisi anak jati di sesebuah negeri.

Justeru tidak hairanlah berita Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding sebagai Ahli Parlimen di Negeri Sembilan menjadi perbualan ‘panas’ bukan sahaja dalam kalangan rakyat negeri itu, malah pemimpin politik.

Apa tidaknya, suami Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu habis ‘dicanang’ Pakatan Harapan (PH) konon akan dilantik selaku perdana menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia sekali gus menjadikan Anwar sebagai bahan jenaka sinis penduduk negeri adat Perpatih itu sementelahan mantan timbalan perdana menteri itu langsung bukan pun warga tempatan atau disebut waghih di Negeri Sembilan sendiri.

Tidak ketinggalan ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang sempat berseloroh dengan menyatakan kebanggaannya apabila selepas 61 tahun merdeka, akhirnya ada juga perdana menteri berasal dari Negeri Sembilan.

“Den banggo waghih kito jadi Podano Montoghi nanti,” ujar bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam dialek Negeri Sembilan yang bermaksud ‘saya bangga anak tempatan kita jadi perdana menteri nanti’ menerusi akaun Twitternya.

Khairy mengulas langkah PKR mahu letak Anwar bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson, walhal beliau yang berasal dari Pulau Pinang dan bukan mana-mana daripada 12 suku di Negeri Sembilan.

Bahkan carian melalui Wikipedia mendapati Anwar bukan pula suku Biduanda, Batu Hampar, Mungkal, Sri Lemak, Paya Kumboh, Tiga Nenek, Sri Melenggang, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka atau Tiga Batu.

Anwar yang pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama enam penggal akan menggantikan Datuk Danyal Balagopal Abdullah setelah penyandang kawasan itu meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta pagi tadi.

Untuk rekod, setakat ini belum ada lagi perdana menteri datang dari negeri berkenaan dengan ketua kerajaan yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra berasal dari Kedah diikuti Tun Abdul Razak Hussain pula dari Pahang.

Selepas itu, perdana menteri yang berikutnya, Tun Hussain Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak masing-masing berasal dari Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang.

Dalam pada itu, Khairy ketika mengulas isu PRK tersebut menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza sebagai berpotensi diangkat menjadi calon Barisan Nasional (BN)

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, biarpun ramai yang mencadangkan nama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, namun beliau merasakan adalah lebih baik parti itu diwakili anak tempatan.

“Saya ada sedikit pengalaman politik di Nismilan (Negeri Sembilan). kerusi Port Dickson atau dahulunya disebut Teluk Kemang ini lebih baik diwakili calon tempatan. Walaupun sukar untuk BN menang, lebih baik calon tempatan.

“Orang yang paling sesuai bagi saya ialah Abdul Rahman. Masih berusia 40-an. Seorang peguam lulusan London School of Economics. ADUN dua penggal dengan prestasi baik,” kata Khairy lagi menerusi akaun Twitternya itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Danyal Balagopal menang dengan majoriti 17,110 undi menewaskan calon BN, Datuk Mogan Velayatham yang peroleh 18,515 undi dan Mahfuz Roslan dari PAS (6,594 undi). – Mynewshub.TV

Tags: Khairy JamaluddinPerpatihPort Dickcon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kafa Sedia Lepaskan ‘Ubi Muda’

Next Post

Pemangku Raja Kelantan Lawat Mawilla2 TLDM

Related Posts

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

25/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam ini yang dilaporkan bagi membincangkan status keahlian...

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

12/01/2023
0

PAU 2022 | Hanya kira-kira tiga jam selepas menganggap langkah mengehadkan pertandingan dalam Umno sebagai suatu "kegilaan" yang mesti dihalang,...

Next Post

Pemangku Raja Kelantan Lawat Mawilla2 TLDM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd