• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana RM120, Peniaga Rugi RM28,980

oleh Ahmad Albab
27/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Rezeki yang diharap, namun ‘bala’ pula yang menimpa dan itulah yang berlaku kepada seorang peniaga wanita setelah mengalami kerugian sebanyak RM28,980 selepas menjual sepasang baju kurung bernilai RM120 dalam sebuah laman sesawang jual beli terkenal Selasa lalu.

Dalam kejadian 4.45 petang itu mangsa, 21 yang tinggal di Kampung Cenderawasih di sini telah memuat naik iklan untuk menjual sepasang baju kurung berkenaan sebelum menerima ulasan daripada suspek yang menyatakan minat untuk membeli baju kurung berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa kemudian telah memberikan nombor akaun bank kepada suspek untuk urusan pembayaran.

“Bagaimanapun selepas mendakwa telah membuat pembayaran, suspek telah meminta mangsa untuk membuat pelbagai bayaran bagi mendapatkan wang sebanyak RM120 kerana pembeli itu kononnya berada di luar negara.

“Mangsa kemudian telah membuat lima kali transaksi melibatkan pembayaran berjumlah RM28,980 ke akaun yang diberikan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Pengadu kemudian tidak berpuas hati dan merasakan dirinya telah ditipu selepas wang bayaran yang dijanjikan tidak dimasukkan ke dalam akaunnya.

Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kena tipupeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd