• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jamin Layanan Adil Kepada Sabah, Sarawak

oleh
01/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi layanan yang adil kepada Sabah dan Sarawak dan tidak akan membezakan pelaksanaan dasar dan pembangunan di kedua-dua negeri itu dengan negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri berkata dalam soal gaji minima sebagai contoh, kedua-dua negeri itu akan menikmati jumlah yang sama dengan Semenanjung Malaysia selain pembangunan infrastruktur yang sama.

“Kita perlu membangunkan infrastruktur di Sabah dan Sarawak supaya sama dengan infrastruktur di Semenanjung, tetapi harus diingat jumlah penduduk di sana kurang daripada Semenanjung.

“Sebab itu ternampak seolah-olah kita memberi keutamaan kepada penduduk di Semenanjung tetapi sebenarnya kita mengambil kira return on investment sama ada infrastruktur itu dapat digunakan sepenuhnya oleh penduduk Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai langkah kerajaan membantu Sabah dan Sarawak agar kedua-dua negeri tersebut mengecapi kemajuan seperti Semenanjung Malaysia.

Dr Mahathir berkata, kerajaan juga akan ‘menghidupkan’ kembali Perjanjian Malaysia 1963 dan akan memberi tumpuan untuk melaksanakan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya berdasarkan kemampuan kerajaan.

Beliau juga berharap pihak-pihak yang mewakili Sabah dan Sarawak dapat menyuarakan pandangan mereka untuk memastikan kerajaan dapat membangunkan kedua-dua negeri berkenaan.

“Dalam Kabinet juga kita mempunyai cukup wakil-wakil daripada Sabah dan Sarawak dan mereka ini bukan orang yang diam sahaja tetapi banyak menegur dan mereka memberi perhatian kepada keadaan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Terdahulu, perdana menteri turut menyampaikan ucaptama pada kongres itu yang diadakan bertujuan sebagai wacana kepada usaha kerajaan untuk menggubal agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang baharu. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd