• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Tidak Letak Calon UMNO Akan Beri Kesan

oleh
25/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keputusan UMNO tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson adalah satu keputusan di luar kebiasaan parti dan disifatkan akan mempunyai kesannya tersendiri pada masa hadapan.

Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan partinya itu untuk tidak meletakkan calon pada PRK itu 13 Oktober ini.

“Ia (tindakan tidak meletakkan calon) tidak akan berakhir di situ. Ia akan memerlukan kepimpinan parti turun padang, menjelaskan kepada anggota-anggota kita di situ (Port Dickson) tentang apa yang mereka perlu buat apabila tibanya pilihan raya.

“Ia sama ada adakah mereka perlu mengundi pembangkang (pihak lawan), adakah mereka langsung tidak perlu mengundi atau apa akan terjadi sekiranya mereka mengundi pihak lawan kerana jika itu berlaku, mereka akan dituduh mengundi lawan yang akhirnya sebabkan mereka kena tindakan tatatertib mengikut perlembagaan parti,” kata Ketua Umno Bahagian Sembrong itu.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Bersama UMNO Tebrau di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Samsol Bari Jamali dan Ketua Umno Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang.

Hishammuddin berkata beliau percaya anggota-anggota UMNO di Port Dickson mahukan kepimpinan parti yang memberikan hala tuju jelas kepada mereka, dan malah beliau juga telah menasihatkan pucuk pimpinan agar berhati-hati dengan keputusan diambil. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein OnnPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin Masih Setia UMNO – Najib

16/01/2019
0

TEGUH... Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, memberi jaminan akan terus...

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd