• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Bincang Mod Pengangkutan P. Pinang

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Pengangkutan akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri untuk membincangkan mod pengangkutan awam yang sesuai bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di negeri ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata beliau telah meminta pihak pengurusan tertinggi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memberi penerangan kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengenai penemuan dan kajian berkaitan yang dijalankan suruhanjaya itu.

“Mesyuarat itu diadakan tidak lama lagi. Selepas itu, kita akan berunding dengan kerajaan negeri apa yang mereka mahu, apa yang mereka perlu dan daripada situ kita akan mengambil langkah sewajarnya,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara Penang Port Sdn Bhd dan Royal Caribbean Cruises Ltd, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil kajian menunjukkan penggunaan transit aliran ringan (LRT) mungkin bukan pilihan terbaik, bagaimanapun pihaknya mempunyai beberapa cadangan lain untuk dipertimbang kerajaan negeri.

“Kami ada beberapa cadangan lain tetapi terpulang kepada kerajaan negeri untuk menentukan pilihan mana yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Chow yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata kerajaan negeri terbuka kepada pilihan.

“Saya percaya kini setelah kajian telah selesai mereka kini boleh melibatkan kami untuk melihat opsyen LRT, trem, BRT (bas rapid transit) atau MRT (transit aliran massa), kami sedia bertemu dengan SPAD. Jadi apa sahaja pilihan beserta pembiayaan yang wajar, maka kita boleh meneruskan pelaksanaan projek pengangkutan awam ini,” katanya.

PTMP adalah projek kerajaan negeri dengan anggaran RM46 bilion dan cadangan pembinaan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau itu ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta penyambungan bas yang luas di antara pulau dan tanah besar.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata kementeriannya belum memberi kelulusan kepada AirAsia untuk mewujudkan terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.

Beliau berkata belum ada keputusan akhir dibuat mengenai perkara itu.

Pada 6 Ogos lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Pulau Pinang akan menerima LCCT di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang setelah lapangan terbang itu mengalami lebihan kapasiti maksimum tahun lepas. – BERNAMA

Tags: pengangkutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belum Ada Keputusan Mansuh SOSMA

Next Post

SPR Seru Pengundi Balakong, Seri Setia Keluar Mengundi Sabtu Ini

Related Posts

Tidak Boleh Lewat Seminit Kendali Metro Mekah

07/09/2018
0

SEPANG - Kelewatan walaupun seminit dalam mengendalikan operasi syarikat pengangkutan rel Arab Saudi, Metro Mekah pada musim haji boleh menyebabkan...

ART: Tren Tanpa Pemandu Pertama Di Dunia

12/06/2017
0

TREN pertama yang beroperasi tanpa pemandu akan didedahkan kepada umum dalam tempoh percubaannya di China. Sistem Autonomous Rail Transit (ART)...

Next Post

SPR Seru Pengundi Balakong, Seri Setia Keluar Mengundi Sabtu Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd