• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluar UMNO Ketika Parti Diuji Bukan Sikap Terpuji

oleh Cj Mnh
19/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Seri Mustafa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman keluar daripada UMNO dengan alasan kelemahan parti disifatkan sebagai tidak wajar.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, atas alasan apapun tindakan mereka tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi kedua-duanya dipilih sebagai wakil rakyat atas kepercayaan yang diberikan UMNO.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata, perbuatan meninggalkan UMNO ketika parti sedang diuji bukanlah sikap terpuji dan boleh diteladani.

“Kita perlu mempunyai sikap yang ikhlas dan memiliki juang yang tinggi dalam memastikan kesinambungan perjuangan parti. Islam mendidik kita agar taat selagi mana kita tidak menyalahi apa yang dikehendaki oleh syarak.

“Meletakkan alasan kelemahan parti kerana agenda peribadi sesuatu yang tidak wajar dilakukan,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata, walaupun kesal dengan tindakan Mustapa dan Anifah namun UMNO menghormati keputusan kedua-dua mereka dan mengucapkan selamat maju jaya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid meminta agar semua pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat agar bertenang, berlapang dada, terus yakin serta memberi kepercayaan kepada pimpinan bagi menangani keadaan tersebut.

Beliau berharap tindakan kedua-dua pemimpin UMNO itu tidak melemahkan semangat ahli lebih-lebih lagi UMNO akan mengadakan perhimpunan agung hujung bulan ini.

“Saya harap isu ini tidak melemahkan apa lagi melumpuhkan UMNO. UMNO memerlukan loyalis parti untuk terus hidup. Biarlah yang setia kepada semangat perjuangan sahaja yang tinggal bersama UMNO.

“Kepada semua pimpinan dan ahli, kita mesti kekal terus bersatu pada dan bersama memastikan parti kekal releven dalam lanskap politik kian mencabar,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata, UMNO merupakan sebuah perjuangan yang perlu diteruskan demi agama, bangsa dan negara.

Justeru beliau meminta ahli dan pimpinan merapatkan saf dan melakukan usaha bersama agar UMNO bangit semula menjadi parti yang kuat di Malaysia.- UTUSAN ONLINE

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidikeluar parti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Nafi Video Tular Kanak-Kanak Didera Berlaku Di Terengganu

Next Post

Kerani Maut Ditikam Rakan Mabuk

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

08/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua...

Next Post

Kerani Maut Ditikam Rakan Mabuk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd