Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Radius Pencarian Remaja Ireland...

NILAI - Pihak polis hari ini meluaskan radius pencarian bagi mengesan seorang remaja perempuan...

How exactly to Compose...

In your job for students, you are encounter a variety of sorts of...

52 Rampasan Senjata Api...

KOTA BHARU - Kejayaan polis Kelantan merampas 52 pucuk senjata api sepanjang tiga...

Rakyat Malaysia CEO Gaji...

SEORANG lelaki kelahiran Malaysia dilaporkan menerima gaji tertinggi di antara Ketua Pegawai Eksekutif...

Kelantan Gelisah Menang Tipis Ke Atas Sabah

KOTA BHARU – Kelantan gelisah selepas menang tipis 2-1 ke atas Sabah dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Ketua Jurulatihnya Yusri Che Lah berkata justeru itu beliau menuntut pemainnya untuk berusaha lebih keras dalam aksi timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu ini.

“Keputusan pada malam ini (malam tadi) memberi kegelisahan kepada saya kerana pasukan masih belum mempunyai bekalan selesa untuk beraksi di Likas. Ia memberikan sedikit kelebihan kepada pasukan Sabah kerana memiliki jaringan di tempat lawan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu semalam.

Dua gol pasukan The Red Warriors disumbangkan menerusi pemain importnya Aktyiar Dauishobekov pada minit ke-29 dan Nik Akif Syarihan Nik Mat pada minit tambahan perlawanan separuh masa pertama menerusi sepakan penalti, manakala gol pasukan Sabah dijaringkan oleh Hamran Peter pada minit ke-43.

Yusri berkata pemainnya perlu bersikap lebih bijaksana dan memanfaatkan sebarang peluang yang terhidang untuk mengumpul sebanyak mungkin gol bagi melayakkan Kelantan melangkah ke separuh akhir selepas ini.

“Saya mahu pemain bangkit daripada lamunan dan memberi komitmen 100 peratus sepanjang 90 minit perlawanan kerana kita berdepan tugas sukar apabila bertandang ke Sabah nanti,” katanya. – BERNAMA

Kategori