• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Orang Awam Sebatan Pesalah Syariah Perlu Dilihat Semula

oleh
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah seperti yang berlaku di Terengganu hari ini perlu dilihat semula.

“Ia (peruntukan) perlu dilihat, sama ada orang awam boleh hadir sekali. Sama ada pegawai (pihak berkuasa) dua tiga orang sudah boleh dikira sebagai orang awam. Bagi saya itu proses teknikaliti dan boleh dibawa ke perdebatan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘Suatu Perjalanan Hidup’ oleh Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria di Universiti Kebangsaan Malaysia dekat sini hari ini.

Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas hukuman ke atas dua wanita yang menjalani hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta pada April lalu

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya mengikuti perkembangan tersebut dan mengambil sikap bahawa ia dijalankan mengikut proses undang-undang negeri.

“Saya difahamkan mereka mengakui bahawa mereka melakukan kesalahan iaitu termaktub dalam Akta Enakmen Musahaqah (musahaqah ialah kesalahan perempuan dengan perempuan). Mereka diberi tempoh 14 hari rayuan dan mereka tidak mengemukakan rayuan.

“Saya juga difahamkan kaedah mereka dikenakan sebatan itu juga mengikut kaedah Islam yang tidak menyakitkan, so selagi perkara itu dipatuhi dan ada peruntukan undang-undang, maka bagi saya itu satu proses undang-undang biasa yang dilalui oleh sesiapa yang melakukan jenayah,” tegasnya,

Menurutnya, jika ada pihak ingin mengeluarkan atau menghapuskan peruntukan tersebut, ia perlu dibawa mengikut undang-undang enakmen negeri masing-masing.

Jelasnya lagi, sama ada lesbian, gay atau sebagainya, setiap individu akan diadili mengikut proses dan saluran yang sama sebaik sahaja sesuatu tangkapan itu dilakukan.

“Kepada masyarakat, semua ini tentu dibuat untuk kebaikan. Orang Islam khususnya, sudah tahu mana-mana perkara yang dilarang dan sepatutnya mengambil hal ini sebagai pengajaran.

“Hukuman dalam Islam bukan untuk menyakitkan tetapi lebih kepada pengajaran kepada yang lain-lain supaya kembali kepada fitrah,” katanya.

Dalam pada itu, Mujahid turut menyambut baik perkenan Sultan Selangor agar had umur minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan perempuan di Selangor dinaikkan daripada 16 kepada 18 tahun, Mujahid berkata

Jelasnya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) gembira Selangor akan menjadi negeri pertama yang bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menaikkan had umur perkahwinan tersebut.

“Alhamdulillah. Tapi perkara itu dibawah enakmen negeri Selangor. Hasrat PH untuk melihat ini dalam konteks undang-undang maknanya Selangor telah lebih awal daripada apa yang kita jangkakan di peringkat persekutuan. Itu pencapaian yang baik,” katanya.

Di peringkat kerajaan persekutuan, Mujahid berkata pelarasan umur tersebut masih diperingkat penelitian dan diskusi bersama pakar-pakar Islam dan perundangan dan dijangkakan, satu draft berkaitan hal ini akan dikeluarkan pada awal tahun depan.

“Kita lihat kepada keseluruhan akta yang ada, bukan satu dua akta sahaja, jadi kita tengok secara menyeluruh. Saya andaikan, jika tiada apa-apa aral, deraf itu akan dikeluarkan awal tahun depan. Kita akan lihat lagi aspek tertentu jika ada sebarang pengecualian,” katanya.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah, baginda memandang serius kes-kes melibatkan perkahwinan kanak-kanak Islam pada usia terlalu muda, terutama kanak-kanak perempuan, kerana bimbang dengan risiko kemudaratan masa depan pasangan tersebut serta kesannya kepada masyarakat kelak. – BERNAMA

Tags: Hukuman Sebatlesbian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Doktor, Jururawat Melecur Dibakar Seorang Lelaki

Next Post

Gugur Kes Guan Eng, PH Amal Undang-Undang Rimba

Related Posts

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

28/12/2024
0

PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah...

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

24/12/2023
0

Kuala Lumpur : Isu lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat semakin sukar dibendung walaupun kerajaan berusaha melaksanakan...

Next Post

Gugur Kes Guan Eng, PH Amal Undang-Undang Rimba

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd