• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gugur Kes Guan Eng, PH Amal Undang-Undang Rimba

oleh Haris
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan pengguguran kes korupsi Lim Guan Eng sebagai satu “titik hitam dalam sejarah permulaan Malaysia baharu di bawah Pakatan Harapan.”

Beliau mengaitkan kedudukan Peguam Negara Tommy Thomas yang pernah bertindak sebagai peguambela Guan Eng.

Katanya, perkembangan terbaru ini juga mengandaikan ada pendakwaan terpilih oleh pentadbiran PH.

“Pengguguran ini melengkapkan siri-siri pengguguran kes-kes yang melibatkan pimpinan PH sejak Tommy Thomas dilantik termasuklah Hassan Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang, Thomas Su Ahli Parlimen Kampar, R Sivarasa Ahli Parlimen Sungai Buloh dan N Surendan mantan Ahli Parlimen Padang Serai.

“Malah pengguguran kes turut melibatkan aktivis PH seperti Ratu Naga dan Kartunis Zunar. Penguguran kes-kes ini jelas memperlihatkan sikap pendakwaan terpilih (selective prosecution) oleh pihak Peguam Negara tanpa justifikasi yang kuat dan meyakinkan,” tegasnya.

Beliau mengecam retorik “rule of law” yang menjadi mantra PH sebelum ini kerana kes Guan Eng itu menyerupai kes bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo yang didapati bersalah.

“Rakyat yang dimomokkan dengan mantra ‘rule of law’ pastinya tertanya-tanya justifikasi pengguguran kerana kes rasuah banglo Lim Guan Eng adalah kes yang mirip dan menyerupai sabitan kes rasuah Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo sehingga dipenjarakan.”

Katanya lagi, kenyataan terkejut dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pengguguran kes ini “menambahkan lagi keyakinan rakyat betapa kes Lim Guan Eng ini mempunyai asas dan justifikasi pendakwaan yang jelas dan kukuh untuk didakwa.”

Asyraf turut mempersoalkan ketiadaan penjelasan dari pejabat peguam negara walaupun kes sudab berjalan dan seramai 25 orang saksi sudah dipanggil.

“Pengguguran kes Guan Eng tanpa penjelasan yang kukuh dan justifkasi yang jelas oleh Peguam Negara hanya menyerlahkan bahawa keadilan hakikatnya tidak dilaksanakan.”

Katanya, tindakan ini menunjukkan yang pentadbiran PH telah memartabatkan “undang-undang rimba.” – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi DusukiLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

Hospital Mara Bukan Perkauman – Asyraf Wajdi

Hospital Mara Bukan Perkauman – Asyraf Wajdi

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan pihak tertentu mengaitkan cadangan mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd