• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Parlimen Ditandingi Anwar Diumum Bulan Ini

oleh
04/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kawasan Parlimen yang akan ditandingi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumum bulan ini, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin, juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata setakat ini tiga kawasan parlimen sudah disenarai pendek untuk ditandingi Anwar, namun beliau enggan mendedahkan kawasan tersebut.

“Bulan ini umum jika tiada apa-apa, kawasan mana itu tunggu bila umum nanti,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Taklimat Pemilihan PKR Negeri Melaka 2018 di Ayer Keroh di sini hari ini.

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata tidak akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang dan membayangkan akan membuat penampilan semula di Parlimen pada bulan depan.

Saifuddin berkata anggota PKR diminta memberikan sokongan penuh kepada Anwar setelah pengumuman kawasan parlimen itu dilakukan dan bersama bersatu sebagai sebuah jentera yang kukuh demi kemenangan parti itu.

“Anwar perlu sokongan dan dokongan yang kuat terutama daripada anggota parti untuk menang seterusnya jadi perdana menteri.

“Bagaimana hendak serah jawatan perdana menteri (kepada Anwar) sekiranya partinya kucar kacir dan tidak bersatu. Justeru kita perlu bersama menyokong Anwar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Saifuddin Nasution Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih Untuk Bercuti

24/03/2022
0

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah adil orang yang pernah lari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd