Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

UMNO Johor Komited Terus...

KUALA LUMPUR - UMNO Johor akan terus komited dalam usaha mengukuhkan lagi parti...

Budak Lelaki Hilang Di...

TOKYO - Seorang budak lelaki tujuh tahun yang dikatakan 'hilang' selepas ditinggalkan sendirian...

21 Pati Ditahan Di...

TAWAU - Jabatan Imigresen Tawau menahan 21 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam...

Betul Ke Saudi Ada...

ALKISAH pada 8 Oktober lalu, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa Kementerian Luar Malaysia...

Kabinet Bincang Kes Lelaki Yang Dihukum Mati Miliki Minyak Kanabis

PUTRAJAYA – Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini membincangkan kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati kerana memiliki minyak kanabis untuk tujuan perubatan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun, tiada keputusan yang dibuat berhubung perkara itu, katanya.

“Tunggulah pengumuman selanjutnya (jika ada),” kata beliau ketika ditanya tentang perkara itu selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Kementerian Kesihatan hari ini.

Muhammad Lukman Mohamad, 29, bapa anak seorang, ditahan pada Disember 2015 kerana memiliki 3.1 liter minyak kanabis, 279 gram kanabis dimampatkan dan1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).

Dia diberkas polis bersama-sama isterinya, yang sedang hamil lima bulan dan kemudian dibebaskan, dalam serbuan di rumah mereka. Dia dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Ogos lepas.

Pada 9 Sept, peguamnya dilaporkan berkata Muhammad Lukman sekadar mahu membantu pesakit yang penyakitnya hanya boleh dirawat menggunakan THC, sejenis bahan aktif dalam kanabis, dan dia tiada niat sama sekali untuk mengedar atau ‘menjual’ kanabis itu.


Mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang didapati memiliki 200 gram atau lebih kanabis, akan didakwa atas kesalahan mengedar dadah, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pada Selasa, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan bahawa kerajaan patut mengkaji semula kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati kerana memiliki minyak kanabis untuk tujuan perubatan.

Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata beliau akan membuat rayuan kepada Peguam Negara untuk mendapatkan keampunan bagi Muhammad Lukman. – BERNAMA

Kategori