• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Julung Kali Perancis, Belgium Ranking No.1 FIFA

oleh
21/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Buat julung kalinya dalam tempoh 25 tahun, tangga teratas dalam ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) lakar sejarah dikongsi oleh dua buah negara.

Ini setelah Belgium berjaya duduki tempat pertama bersama-sama juara dunia, Perancis, menurut badan induk sukan itu menerusi laporan terkini kedudukan skuad kebangsaan disiarkan laman sesawang rasminya semalam.

Belgium meraih dua kemenangan, termasuk dalam perlawanan dengan Iceland dalam Liga Negara-Negara yang diadakan buat pertama kali bagi membolehkan pasukan itu meraih tempat yang sama dengan skuad Perancis.

Ironi, Perancis pernah menewaskan Belgium 1-0 dalam peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 di Stadium Saint Petersburg pada 11 Julai lalu untuk mara ke final selepas 20 tahun dan muncul juara menumbangkan Croatia 4-2.

Satu-satunya perubahan dalam tempat 10 teratas menyaksikan Denmark jatuh satu anak tangga kepada posisi 10, di belakang Sepanyol. Dalam pada itu, Malaysia kekal di tangga ke-171 untuk lima bulan berturut-turut sejak Mei lalu.

RANKING DUNIA FIFA SEHINGGA SEPTEMBER 2018

1. Belgium (+1) 1,729 markah, Perancis 1729 markah
3. Brazil 1,663
4. Croatia 1,634
5. Uruguay 1,632
6. England 1,612
7. Portugal 1,606
8. Switzerland 1,598
9. Sepanyol 1,597
10. Denmark (-1) 1,581

– AFP

Tags: FIFA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IOC Terima Aduan Terhadap Infantino

IOC Terima Aduan Terhadap Infantino

16/07/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menerima aduan rasmi yang mendakwa Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino...

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

05/07/2026
0

Oleh Mynewshub  TORONTO – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mencuri perhatian dunia selepas rakaman televisyen memaparkan beliau dipercayai menyebut perkataan "Bismillah"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd