• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Petronas Dan Aset Ke Pihak Asing? Jangan Cipta Tragedi Buat Negara

oleh
01/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kerajaan tidak akan jual aset milik Petronas kepada Petron seperti yang dilaporkan oleh media Jepun Nikkei sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada perkembangan terbaru semalam iaitu pelantikan syarikat minyak Filipina itu sebagai pembekal bahan api kepada kerajaan dan Petronas diminta untuk membayar 50% lebih dividen sebanyak RM24 bilion kepada kerajaan tahun ini.

“Sepanjang 10 tahun lalu di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), kita tidak jarah wang Petronas dan kami tidak memaksa Petronas untuk biayai projek yang tidak ada kaitan dengan industrinya sebagaimana dilakukan pada masa lalu,

“Ini kerana kita mahu Petronas menjadi salah satu syarikat terbesar dunia dan bersiap sedia apabila rizab minyak dan gas Malaysia berkurangan.

“Ekoran langkah itu, aset dan baki tunai Petronas telah meningkat berkali ganda bagi tempoh 10 tahun lalu. Hari ini, Petronas memiliki baki tunai RM174 bilion bagi perancangan pembangunan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Nikkei memetik kenyataan Presiden Petron, Ramon Ang sebagai berkata syarikat itu bersedia untuk membeli aset-aset milik Petronas di Malaysia apabila kerajaan Malaysia mula menswastakan Petronas.

Ini termasuk aset-aset lain negara atas alasan untuk kurangkan hutang kerajaan RM1 trilion yang merupakan angka rekaan sendiri, kata Mohamad yang turut menyertakan pautan berita tersebut, iaitu; https://asia.nikkei.com/Business/Companies/Philippines-San-Miguel-eyes-Malaysia-s-state-assets-sale

“Ia adalah satu tragedi buat negara jika Petronas atau asetnya dipecahkan dan dijual kepada negara asing,” tegas Mohamad. – Media UMNO

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasanpetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd